Google Analytic

Friday, May 20, 2022

Kursus Pemantapanan Pendigitalan Perpustakaan UiTM



Bagi memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendigitalan  Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan UiTM. Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu, Fasa 1 untuk kumpulan Pelaksana dan Fasa 2 untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk Fasa 1, seramai 106 orang Pelaksana PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus ini.  Fasa 1 kursus ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu:
Sesi 1 : 21 Mac 2022 Isnin                 Sesi 2 : 11 Mei 2022 Rabu              
Sesi 3 : 12 Mei 2022 Khamis              Sesi 4 : 19 Mei 2022 Khamis  
                


 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital serta meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.
 


Kursus ini mengandungi 2 Modul Pembelajaran Perpustakaan Digital iaitu:
Modul 1: Perkhidmatan Digital
• My Knowledge Management (MyKM) • Mobile App@PTAR • Massive Online Open Course (MOOCs) • Online Public Access Catalog (OPAC) • Chat with Librarian • Virtual & Augmented Reality (AR & VR) • Updates@PTAR • Online Finding Archive (OFA) • Cashless@PTAR • Portal ERA Modul 2: Koleksi Digital • Online Database • Institutional Repository (IR) • Portal eBook • Discovery Search • Electronic Question Paper System (EQPS) • Local Content Hub • Open Access Discovery • Khazanah Melayu Repository • UiTM eGallery Repository • Open Access Research Repository • Article Indexing







0 comments:

Post a Comment