Google Analytic

Wednesday, July 27, 2022

Amalan Terbaik Pembangunan Perpustakaan Digital

Pada 27 Julai 2022, satu perkongsian tentang amalan terbaik pembangunan perpustakaan digital UiTM telah dikongsikan dalam Bengkel Perpustakaan Digital Politeknik Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam. PSA telah menjemput tiga puluh tiga (33) orang pustakawan dari seluruh Politeknik Malaysia.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi kefahaman kepada semua Pustakawan di Politeknik dalam memperkasakan perkhidmatan digital di semua Perpustakaan Politeknik. Pembentangan amalan terbaik telah dikongsikan oleh Ts Hj. Azizi Bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan Perpustakaan UiTM.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam memperkasakan peranan Perpustakaan di Institusi




0 comments:

Post a Comment