Telah diadakan Program Kecemerlangan Bakat di Dewan Annex UiTM oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program ini bertujuan memberikan kefahaman tentang halatuju dalam membangunkan Perpustakaan Digital kepada barisan Pustakawan Kanan Perpustakaan UiTM seramai 70 orang di UiTM. Perkongsian ini lebih tertumpu kepada dua insiatif utama Perpustakaan iaitu MobileApp@UiTM Library dan My Knowledge Management (MyKM).
Selain daripada itu dikongsikan juga Roadmap Pendigitalan Perpustakaan UiTM. Terdapat beberapa inisiatif yang dirancang bagi memenuhi GRU2025 UiTM
- Tajuk :Program Kecemerlangan Bakat (ProKeb) Pustakawan S44 Perpustakaan UiTM
- Tarikh : 27-29 Julai 2022 (Rabu-Jumaat)
- Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
- Tempat : Anjung Sri Budiman (Dewan Annexe), UiTM
1. Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pustakawan Profesional (Professional Librarian).
2. Mempersiapkan diri pegawai dengan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan (ASK) ke arah membentuk kompetensi global.
3. Membangun kelompok bakat kepemimpinan yang berkarisma dan berpengetahuan untuk menerajui organisasi pada masa hadapan.
4. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai Profesional supaya sentiasa relevan, dihormati dan menjadi sumber rujukan (3R: Relevance; Respected; Referred).
5. Melahirkan pegawai yang berkeupayaan untuk berfikiran aras tinggi (High-Order Thinking Skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan inovatif.
Disertakan juga link nota untuk program:
https://iknow.library.uitm.edu.my/view/project/Program_Kecemerlangan_Bakat_=28ProKeB=29_Pustakawan_Gred_S44_Perpustakaan_UiTM.html
https://iknow.library.uitm.edu.my/view/project/Program_Kecemerlangan_Bakat_=28ProKeB=29_Pustakawan_Gred_S44_Perpustakaan_UiTM.html
0 comments:
Post a Comment