Satu mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti telah diadakan pada 1-2 September 2022, bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Mesyuarat telah diadakan bertempat di Smart Classroom  CS2, Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam.
Antara objektif mesyuarat ialah:
- Mengenalpasti layout untuk keseragaman laman web universiti
 - Mendapatkan input daripada setiap wakil PTJ untuk best practise laman web
 - Mendapatkan persetujuan daripada pemegang taruh (penyedia maklumat) berkenaan durasi dan proses kemaskini maklumat (content) dalam laman web universiti
 - Menghasilkan manual pembangunan laman web universiti bagi memastikan keseragaman di setiap laman web PTJ
 - Membangunkan laman web rasmi yang seragam di peringkat PTJ
 - Mengkonsolidasi hasil bengkel bagi mendapatkan maklumbalas untuk menghasilkan garis panduan laman web universiti  
 
Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Faizar dan En. Mohd. Izwan Salim.











0 comments:
Post a Comment