Google Analytic

Friday, October 21, 2022

Mesyuarat Khas Kolaborasi Seminar Pengurusan Maklumat Islam Bersama Bahagian Hal Ehwal Islam


Telah diadakan satu meyuarat khas bertajuk Mesyuarat Khas Kolaborasi Seminar Pengurusan Maklumat Islam Bersama Bahagian Hal Ehwal Islam. Mesyuarat ini adalah diantara pihak pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan pengurusan Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI). Maklumat mesyuarat seperti dibawah:

                            Tarikh: 20 Oktober 2022 (Khamis)
                            Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
                            Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, PTAR
                            Peserta: 8 orang wakil pengurusan BHEI, UiTM


Tujuan utama mesyuarat khas ini adalah untuk membolehkan usahasama diantara pihak PTAR dan BHEI dijalankan. Terdapat beberapa agenda kolaborasi dan pihak JPDg akan terlibat didalam Web Master  Sistem PTAR- BHEI  Jawi @UiTM. Melalui kolaborasi ini, web PTAR dijangka akan mempunyai pilihan bahasa Jawi selain dari Melayu dan Inggeris. Selain itu juga kalender hijrah juga akan diletakkan di web PTAR.


0 comments:

Post a Comment