Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label mesyuarat. Show all posts

Wednesday, May 21, 2025

Mesyuarat Bulanan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) PTAR UiTM Bil. 5/2025

Mesyuarat Bulanan BPDI PTAR UiTM Bil. 5/2025 – Agenda dan Perkembangan Terkini

Pada 21 Mei 2025, mesyuarat bulanan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) PTAR UiTM Bil. 5/2025 telah berlangsung dengan penuh tumpuan untuk membincangkan pelbagai isu penting serta perkara berbangkit yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan digital. Mesyuarat ini menjadi platform untuk menyampaikan perkembangan terkini mengenai projek dan inisiatif yang sedang dijalankan. Berikut adalah agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini:

1. Kemajuan Projek Digitalisasi Perpustakaan

Projek digitalisasi bahan perpustakaan merupakan inisiatif utama yang dibincangkan. Laporan mengenai kemajuan digitalisasi koleksi bahan perpustakaan dibentangkan, bertujuan memudahkan akses oleh pelajar dan staf UiTM. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan semua bahan perpustakaan boleh diakses dengan lebih mudah dan efisien melalui platform digital.

2. Pembentangan Laporan Rekod Cuti & Borang Keluar

Laporan mengenai pengurusan rekod cuti dan borang keluar staf turut dibentangkan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap proses tersebut dijalankan dengan telus dan sistematik, bagi memudahkan urusan pentadbiran di BPDI PTAR.

3. Pembentangan Pelanggaran Kad Perakam Waktu

Satu lagi isu yang dibincangkan adalah mengenai pelanggaran penggunaan kad perakam waktu oleh staf. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dicadangkan untuk mengelakkan pelanggaran waktu kerja, seterusnya memastikan disiplin yang lebih baik.

4. Pembentangan Pencapaian KPI Suku Pertama 2025

Laporan pencapaian KPI untuk suku pertama 2025 turut dibentangkan dalam mesyuarat ini. Ia merangkumi pencapaian yang telah dicapai oleh setiap unit, termasuk Unit Pembelajaran Digital dan Unit Pengurusan Sistem Repositori, yang menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

5. Pembentangan Prestasi Sistem Perpustakaan

Laporan mengenai prestasi sistem perpustakaan turut dibincangkan. Perkembangan dalam pengurusan sistem perpustakaan menjadi topik utama, dengan fokus pada peningkatan prestasi aplikasi perpustakaan bagi menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan.

6. Pembentangan Prestasi Jam Latihan Bahagian Perpustakaan Digital

Satu lagi agenda yang dibincangkan adalah mengenai prestasi jam latihan untuk Bahagian Perpustakaan Digital. Laporan ini menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemahiran staf melalui latihan berterusan untuk menghadapi cabaran teknologi yang semakin pesat.

7. Perkembangan Inisiatif Ruang Perpustakaan

Inisiatif untuk memperbaiki ruang perpustakaan, termasuk Zon Zeta, turut dibincangkan. Zon Zeta bertujuan menyediakan ruang yang lebih interaktif dan inovatif untuk pengunjung perpustakaan, bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Kesimpulan

Mesyuarat ini sekali lagi memperlihatkan komitmen BPDI PTAR untuk terus memodenkan perkhidmatan perpustakaan melalui penggunaan teknologi moden. Semua usaha ini adalah untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan di UiTM, serta memastikan perkhidmatan perpustakaan digital sentiasa relevan dengan keperluan pengguna.


Disertakan Gambar Sekitar Sesi Mesyuarat Tersebut Berlangsung:










Gambar 1 & 2 : Gambar mesyuarat yang sedang berlangsung dengan peserta yang terlibat dalam perbincangan.

Gambar 3: Gambar Pembentangan laporan oleh ketua unit


Monday, April 28, 2025

Mesyuarat Bulanan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian

 

28 April 2025

Hari ini, Bahagian Perpustakaan Digital mengadakan Mesyuarat Bulanan untuk membincangkan perkembangan terkini dan pembentangan laporan bulanan bagi BPDI. Antara agenda utama termasuklah pembentangan laporan KPI (Key Performance Indicator) bahagian, laporan pembangunan dan pemantauan kemajuan staf, serta hal-hal lain yang berkaitan dengan BPDI.

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria, yang merupakan Pengarah Baharu BPDI, menggantikan Mantan Ketua BPDI yang terdahulu, Encik Arshad Bin Bujang.

Di samping itu, mesyuarat kali ini juga turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh warga kerja BPDI bagi mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan memberikan peluang untuk berkongsi kegembiraan selepas bulan Ramadan.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan kejayaan berterusan kepada Bahagian Perpustakaan Digital. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!


Disertakan gambar sekitar sesi mesyuarat dan majlis tersebut berlangsung :











 

Wednesday, March 26, 2025

Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) Bil.3/2025


Pada 26 Mac 2025, Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) Bil.3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTAR dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan BPDI.

Agenda utama mesyuarat:

  • Kemajuan projek digitalisasi dan transformasi teknologi.

  • Peningkatan perkhidmatan pengguna di Perpustakaan Digital.

  • Perancangan projek masa hadapan untuk memperbaiki perkhidmatan.

  • Tinjauan teknologi terkini untuk memperbaiki sistem dan akses maklumat.

Mesyuarat ini memberi ruang kepada semua kakitangan untuk berkongsi idea dan merancang langkah seterusnya dalam meningkatkan perkhidmatan digital di UiTM.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Mesyuarat Tersebut Berlangsung : 













Thursday, February 16, 2023

Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital


Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.2/2023 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

                Tarikh   : 15 Februari 2023 (Rabu)
                Masa    : 9.00 pagi - 1.00 petang
                Tempat : Bilik Perbincangan JPDg

Agenda utama mesyuarat adalah seperti berikut:

   1. Mapping inisiatif perpustakaan digital dengan Pelan Strategik Pendigital
       UiTM  2022-2025
  2. Inisiatif penjanaan dan penjimatan perpustakaan digital

Wednesday, February 8, 2023

Mesyuarat soal selidik penggunaan PDAT/EBOOK langgan PTAR Tahun 2023


Telah diadakan satu mesyuarat soal selidik penggunaan PDAT/EBOOK langganan PTAR Tahun 2023. Informasi berkaitan mesyuarat adalah seperti berikut:

                            Tarikh: 3 Feb 2023 (Jumaat)
    
                        Masa: 3.00 Petang
                            Tempat: Library Smart Classroom

Tuesday, November 29, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil.3/2022


Pada hari Selasa, 29hb November 2022 telah diadakan Mesyuarat JTPD UiTM Bil. 3/2022, PTAR UiTM secara atas talian (Google Meet) dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pelaporan pembentangan pencapaian (Januari - November 2022).

PRESTASI PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DIGITAL 

Laporan Prestasi Penggunaan Perpustakaan Digital (Laporan Melalui Sistem EIS)


HAL-EHWAL SISTEM PERPUSTAKAAN

Perolehan Bahan Bercetak Integrasi WILS – FAIS

Laporan Library Support System (LSS) WILS


HAL-EHWAL LAMAN WEB PERPUSTAKAAN

Inisiatif Kemudahan OKU di Laman Web PUiTM

Pencapaian Portal My Knowledge Management (MyKM)


HAL-EHWAL REPOSITORI PERPUSTAKAAN

Laporan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM


Friday, October 21, 2022

Mesyuarat Khas Kolaborasi Seminar Pengurusan Maklumat Islam Bersama Bahagian Hal Ehwal Islam


Telah diadakan satu meyuarat khas bertajuk Mesyuarat Khas Kolaborasi Seminar Pengurusan Maklumat Islam Bersama Bahagian Hal Ehwal Islam. Mesyuarat ini adalah diantara pihak pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan pengurusan Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI). Maklumat mesyuarat seperti dibawah:

                            Tarikh: 20 Oktober 2022 (Khamis)
                            Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
                            Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, PTAR
                            Peserta: 8 orang wakil pengurusan BHEI, UiTM


Tujuan utama mesyuarat khas ini adalah untuk membolehkan usahasama diantara pihak PTAR dan BHEI dijalankan. Terdapat beberapa agenda kolaborasi dan pihak JPDg akan terlibat didalam Web Master  Sistem PTAR- BHEI  Jawi @UiTM. Melalui kolaborasi ini, web PTAR dijangka akan mempunyai pilihan bahasa Jawi selain dari Melayu dan Inggeris. Selain itu juga kalender hijrah juga akan diletakkan di web PTAR.


Tuesday, October 18, 2022

Mesyuarat Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil. 2/2022

 

Telah diadakan satu Mesyuarat Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil. 2/2022. Butiran mesyuarat seperti dibawah:

                    Tarikh: 17 Oktober 2022 (Isnin)
                    Masa: 9.30 pagi
                    Tempat: Platform Atas Talian (Google Meet)
                    Peserta: Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P), PUiTM


Friday, October 14, 2022

Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.10/2022


Satu Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.10/2022 telah diadakan pada ketetapan berikut:

                            * Tarikh        : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
                            * Masa         : 9.00 pagi
                            * Tempat : Bilik Perbincangan JPDg

     

Monday, September 12, 2022

Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.8/2022

 

Telah diadakan satu Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.8/2022. Maklumat mesyuarat seperti dibawah:

Tarikh: 13/9/2022 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, PTAR

 

Monday, September 5, 2022

Mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti

Satu mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti telah diadakan pada 1-2 September 2022, bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Mesyuarat telah diadakan bertempat di Smart Classroom  CS2, Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam.

Antara objektif mesyuarat ialah:

  • Mengenalpasti layout untuk keseragaman laman web universiti 
  • Mendapatkan input daripada setiap wakil PTJ untuk best practise laman web 
  • Mendapatkan persetujuan daripada pemegang taruh (penyedia maklumat) berkenaan durasi dan proses kemaskini maklumat (content) dalam laman web universiti 
  • Menghasilkan manual pembangunan laman web universiti bagi memastikan keseragaman di setiap laman web PTJ 
  • Membangunkan laman web rasmi yang seragam di peringkat PTJ 
  • Mengkonsolidasi hasil bengkel bagi mendapatkan maklumbalas untuk menghasilkan garis panduan laman web universiti 

Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Faizar dan En. Mohd. Izwan Salim.


Tuesday, June 28, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perpustakaan Digital UiTM SeMalaysia Bil. 1/2022

 

Tarikh28 Jun 2022, Selasa
Masa9.00 pagi – 5.00 petang
TempatBilik Mesyuarat Utama
Mesyuarat ini merupakan sesi pertama untuk program 2 hari yang dianjur oleh pihak JPD. Para peserta merupakan para pegawai yang bertanggungjawab secara teknikal untuk web Perpustakaan UiTM negeri.

      
Gambar disekitar mesyuarat:

 
 
 
 

 

Tuesday, June 14, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman JPD PTAR Bil.3/2022

 

Pada hari Isnin, 13 Jun 2022 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman, PTAR UiTM Shah Alam Bil.3/2022. Bertempat di Bilik Seminar PTAR dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pengurusan Bahan Repostori UiTM dan membincangkan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM bagi Jan - Mei 2022.   

 
 

Gambar disekitar mesyuarat: