Google Analytic

Tuesday, November 1, 2022

10th NGGSIC - National Geomatic / Geoinformatic Students Innovation Competition 2022

NGGSIC telah diadakan pada 2 & 3 Nov 2022. Pihak PTAR telah diberikan ruang untuk mengadakan aktiviti dan pihak JPDg telah dijemput untuk memberikan ceramah. Informasi berkaitan program seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Nov 2022 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : UCE
Peserta : Pelajar Baru  FSPU (Geomatic Khususnya) seramai 86 orang
Penceramah :
1. Tn Hj. Ahmad Faizar B. Jaafar dengan tajuk
Perpustakaan Digital UiTM
2. Puan Siti Salwa Bt. A. Rahman dengan tajuk Perkhidmatan PTAR


Penceramah pertama PTAR ialah Tuan Hj. Ahmad Faizar dengan membawa tajuk Perpustakaan Digital UiTM. Pada sesi ini, beliau telah memperkenalkan Library Mobile Apps yang baru kepada para peserta yang hadir. Sesi memuat naik aplikasi telah diadakan kepada para peserta yang hadir. Tuan Hj. Ahmad Faizar di bantu oleh Puan Hasnatul Sabarina dan En. Erry Ezzani telah membantu dan memberi tunjuk ajar cara menggunakan Library Mobile Apps. Diadakan juga pemberian hadiah kepada pengguna Library Mobile Apps yang terbanyak yang memasuki ke perpustakaan.


Tuan Hj. Ahmad Faizar juga telah mengadakan pengenalan VR semasa sesi beliau. Pelajar dan pensyarah yang hadir telah diberi ruang untuk mencuba VR set.


Penceramah kedua iaitu Pn. Siti Salwa pula memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTAR seperti Book Delivery (BDS), PS4 (e-Sport Room) dan lain-lain.

Pihak pengajur juga telah memberikan cenderahati kepada para penceramah dari PTAR. Tuan Hj. Ahmad Faizar mewakili penceramah menerima cenderamata tersebut.


Gambar disekitar program:


0 comments:

Post a Comment