Google Analytic

Friday, November 25, 2022

Perlaksana Projek Projek BKRP Digital Filing System & PTAR


Susulan daripada majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) di antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah dibuat pada 28 September 2022 yang lalu di Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Maka pada 23 November 2022 satu kerjasama Projek BKRP Digital Filing System telah dilaksanakan. Pihak PTAR telah menyumbangkan kepakaran didalam pembangunan sistem pengurusan dokumen digital di BKRP.
Satu majlis penyerahan BKRP Digital Filing System telah diadakan antara Pustakawan Kanan Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan YBrs. Encik Yusri bin Yusuf bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Turut hadir Pustakawan Kanan Encik Mohd Izwan bin Salim dan Penolong Pengarah Kanan Dr. Tan Hun Yee.

BKRP Digital Filing System ialah satu sistem repositori rekod yang mengandungi dokumen-dokumen utama di dalam format digital. Tujuan utama pembangunan BKRP Digital Filing System ini ialah untuk pengaksesan maklumat yang lebih mudah, pantas dan cekap. Ia juga membantu dalam penjimatan ruang rekod kesan kuantiti rekod fizikal yang semakin bertambah.


Turut diadakan simbolik penyerahan Projek BKRP Digital Filing System dari wakil PTAR ke BKRP.

Perkara yang lebih membanggakan, BKRP Digital Filing System dibangunkan oleh kepakaran dalaman tanpa melibatkan sebarang kos. Perkongsian kepakaran antara sektor kerajaan ini memberi manfaat yang besar terhadap operasi institusi dan pihak berkepentingan. Dengan berbantukan teknologi pendigitalan dan sistem penyimpanan maklumat bersepadu, tahap penyampaian perkhidmatan ditambahbaik dan jangka hayat penyimpanan rekod kekal terpelihara.

Gambar disekitar program:


0 comments:

Post a Comment