Google Analytic

Friday, January 6, 2023

Collaborative Teaching JPD & Fakulti Pengurusan Maklumat

Telah diadakan satu sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching) diantara pihak PTAR dan Fakulti Pengurusan Maklumat. Pada sesi kali ini , pihak JPD telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan, Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital untuk berkongsi  maklumat dan kepakaran. Maklumat berkaitan sesi adalah seperti berikut:

Tajuk : Selection and Evaluation of Library Technologies

Tarikh : 5 Jan 2023 (Khamis)

Masa  : 2.00 petang - 4.00 petang

Platform : Google Meet

Program Collaborative Teaching  ini  bermula apabila  pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah mempelawa pihak PTAR untuk turut sama menyumbang kepakaran dalam sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching).

Pengajaran kolaboratif adalah salah satu daripada inisiatif pihak UiTM dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya mahasiswa akan berpeluang untuk mendapat pendedahan dari luar terutamanya industri. Disamping itu, inisiatif ini dapat mengeratkan jalinan fakulti dengan industri dan alumni.

0 comments:

Post a Comment