Google Analytic

Thursday, January 12, 2023

Taklimat Cloud Solution


Telah diadakan satu taklimat untuk JPDg bertajuk Cloud Solution. Informasi berkaitan taklimat seperti dibawah:

       Tarikh: 10 Jan 2023 (Selasa)
       Waktu: 3.30 petang
       Penceramah: Ahmad Farhan Bin Mohd Fadzil Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
       Tempat: Bilik Seminar, PTAR

 
Encik Ahmad Farhan Mohd Fadzil merupakan wakil Ketua Unit Pusat Data UiTM untuk memberikan taklimat ini. Cloud Solution adalah topik hangat untuk perniagaan kecil sehingga ke perusahaan global, Cloud Solution masih kekal sebagai konsep luas yang meliputi banyak wilayah dalam talian dan pihak PTAR melalui JPDg mula mempertimbangkan untuk meneroka penyelesaian infra server kepada Cloud. Penyelesaian ini adalah sama ada untuk aplikasi atau penggunaan infrastruktur, adalah lebih penting daripada sebelumnya untuk memahami perbezaan dan kelebihan pelbagai perkhidmatan Cloud.

Jenis perkhidmatan semakin meningkat dari hari ke hari dan kebiasaannya terdapat tiga model perkhidmatan awan untuk dibandingkan:

    Software as a Service (SaaS)  / Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS)
    Platform as a Service (PaaS) / Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS)
    Infrastructure as a Service (IaaS) / Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS)

Untuk setiap satu model ini, pihak JPDg akan melihat pada konsep, faedah dan kelainan serta kelebihannya. Analisa ini bagi memahami perbezaan utama diantara SaaS, PaaS dan IaaS—supaya pihak JPDg boleh memilih yang terbaik untuk organisasi PTAR.


Gambar disekitar taklimat:


Related Posts:

  • Taklimat Sistem Aduan KorporatTelah diadakan satu taklimat mengenai Sistem Aduan Korporat PTAR pada 24 Ogos 2022, jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh Pn. Wan Izzatul Fahrah dan … Read More
  • Taklimat Cloud SolutionTelah diadakan satu taklimat untuk JPDg bertajuk Cloud Solution. Informasi berkaitan taklimat seperti dibawah:       Tarikh: 10 Jan 2023 (Selasa)       Waktu: 3.30 petang … Read More
  • Taklimat Pengurusan Pemantauan Laman Web Menggunakan Google Analytics Pihak JPDg telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Pemantauan Laman Web Menggunakan Google Analytics pada ketetapan seperti berikut:        Tarikh      : 6 Julai 2023 (Khamis)… Read More
  • UAT Sistem Pengurus Rekod Universiti (SPRU) JAUPada hari Khamis, 1hb Disember 2022 satu sesi UAT (user acceptance testing) bagi sistem Sistem Pengurus Rekod Universiti (SPRU) Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah diadakan di Bilik 1 Pusat IT PTAR. Taklimat telah di be… Read More
  • Penempatan 6 Orang Pelajar Praktikal Di Bahagian Perpustakaan Digital,Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)Pada 1 November 2024 hingga 5 November 2024, enam orang pelajar praktikal akan menjalani penempatan di Bahagian Perpusta… Read More

0 comments:

Post a Comment