Google Analytic

Friday, January 27, 2023

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025


Pada 26 Januari 2023 (Khamis) yang lalu, telah diadakan satu Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025 di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hjh.Roziah Mohd Janor, dan pihak Perpustakan Tun Abdul Razak  (PTAR)  telah diwakili oleh Ahamad Zuber Bin Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan selaku Ketua Jabatan Perpustakan Digital (JPDg) PTAR.  

Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) merupakan satu blueprint yang mengandungi strategi dan garis panduan pelaksanaan projek ICT universiti. Selaras dengan itu, Jabatan Infostruktur, PPII telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan. PSP ini bertujuan untuk menyediakan satu pelan tindakan yang komprehensif bagi mewujudkan ekosistem pengurusan ICT yang baik dan efektif dalam menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan universiti. Pelan ini bersesuaian dengan peranan Jabatan lnfostruktur, PPII sebagai penyumbang kecemerlangan organisasi dalam aspek ICT bagi membantu pihak universiti melaksanakan dasar secara cekap dan berkesan.


Video Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025

Ucapan VC berkaitan PTAR 45:0

0 comments:

Post a Comment