Alhamdulillah, pada 29 September 2023 bersamaan hari Jumaat, pihak JPDg telah berjaya menjayakan Gotong Royong Perdana UiTM 2023. Terdapat keunikan acara gotong royong perdana 2023 iaitu ianya telah diadakan serentak diseluruh kampus dan seluruh negara. Dengan penyertaan seramai lebih 35,685 orang warga UiTM dicatatkan di dalam "THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Majlis Gotong-Royong Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Infrastruktur Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini bertemakan "KITA, KAMPUS DAN ALAM".
Di PTAR sendiri, majlis bermula dengan sesi taklimat ringakas dan bacaaan doa. Kemudian diikuti dengan acara memanaskan badan sebelum bermulanya gotong royong. Pihak PTAR juga telah menyediakan sarapan pagi untuk acara ini.
Setelah selesai acara memanas badan, setiap staf akan ke ruang kerja masing-masing untuk memulakan aktiviti gotong royong. Acara ini berlangsung sehingga jam 11.00 pagi.
Gambar disekitar acara:
0 comments:
Post a Comment