28 April 2025
Hari ini, Bahagian Perpustakaan Digital mengadakan Mesyuarat Bulanan untuk membincangkan perkembangan terkini dan pembentangan laporan bulanan bagi BPDI. Antara agenda utama termasuklah pembentangan laporan KPI (Key Performance Indicator) bahagian, laporan pembangunan dan pemantauan kemajuan staf, serta hal-hal lain yang berkaitan dengan BPDI.
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria, yang merupakan Pengarah Baharu BPDI, menggantikan Mantan Ketua BPDI yang terdahulu, Encik Arshad Bin Bujang.
Di samping itu, mesyuarat kali ini juga turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh warga kerja BPDI bagi mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan memberikan peluang untuk berkongsi kegembiraan selepas bulan Ramadan.
Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan kejayaan berterusan kepada Bahagian Perpustakaan Digital. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
Disertakan gambar sekitar sesi mesyuarat dan majlis tersebut berlangsung :