Pada tanggal 10 Febuari 2022 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu kunjungan hormat oleh pihak PTAR kepada Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor. Pihak PTAR telah diwakili oleh En. Jamalludin Sulaiman selaku pemangku Ketua Pustakawan, Tuan Hj. Azizi Jantan, Tuan Hj. Ahmad Faizar Jaafar dan En. Mohd. Izwan Salim.
Antara tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan hala tuju PTAR bagi mendokong inisiatif Naib Canselor dalam mencapai GRU2025 dan informasi terkini berkaitan dengan perkhidmatan pihak PTAR. Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini telah mendapat maklum balas yang positif dari Naib Canselor.