Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, January 22, 2018

Majlis Perasmian Cashless@UiTM

 Pada 22 Januari 2018, telah berlangsung Majlis Perasmian Cashless@UiTM bertempat di UiTM Selangor Kampus Sungai Buloh.Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,YB Dato Sri Idris Jusoh.


Kerjasama strategik antara UiTM dan syarikat pembangun aplikasi dompet elektronik Boost, akan diguna pakai di semua kampus negeri UiTM seluruh negara.UiTM kini bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di Malaysia.

Pihak Perpustakaan UiTM telah terlibat secara terus dalam projek ini untuk memastikan perkhidmatan di kaunter Perpustakaan ke arah Cashless Campus










































Tuesday, August 8, 2017

Lawatan oleh BS Abdur Rahman Crescent University, Chennai India


BS Abdur Rahman Crescent University, Chennai India telah membuat lawatan ke Perpustakaan untuk melihat perkhidmatan terkini di PTAR pada 8 Ogos 2017. Penerangan telah diberikan oleh Tn Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan

 

Friday, May 12, 2017

Bengkel MOOCs (Massive Open Online Courses) @ PTAR

Buat julung kalinya, Perpustakaan UiTM telah mengadakan bengkel MOOCs PTAR. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada staf dan memberi pendedahan bahawa komponen MOOCs ini penting pada masa hadapan.


Bengkel ini dikendalikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Mohamed Amin Embi, pensyarah UKM selama dua (2) hari

Kata Aluan yang disampaikan oleh En Noor Hidayat Bin Adnan Ketua Pustakawan UiTM seterusnya merasmikan Bengkel MOOCs PTAR


Tuesday, March 7, 2017

Pembukaan Semula Laluan Pintu Masuk Utama Tingkat 2 PTAR 1

Projek naik taraf dan ubahsuai perpustakaan telah pun siap sepenuhnya pada 7 Mac 2017 dan perkhidmatan perpustakaan telah dibuka semula kepada pelajar, staf & pelanggan PTAR. Kini perpustakaan telah berwajah baru dan cantik untuk dikunjungi. Semoga memberi manfaat kepada pengguna perpustakaan UiTM





Thursday, December 22, 2016

MOOC bantu Universiti Awam jana pendapatan sendiri


Berita Harian - 21 Dec 2016 - 29

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan universiti awam (UA) menjana 30 peratus pendapatan sendiri menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, dipetik sebagai berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang dilancarkan tahun lalu.

Pelan itu turut melaporkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan amat tinggi iaitu 90 peratus dan ia perlu dikurangkan sehingga 70 peratus. Justeru, KPT telah menggariskan pelan tindakan dan garis panduan yang ada dalam ‘Purple Book ’ProgramTransformasi Universiti supaya boleh digunakan oleh universiti awam dalam usaha menjana pendapatan.

Kini UA perlu lebih serius belanja dengan berhemat dan mengambil inisiatif berjimat dalam apa juga aspek yang membabitkan kewangan dan perbelanjaan yang dilakukan. UA diharap terus mempergiat usaha menjana pendapatan sendiri termasuk menggunakan kepakaran dalam bidang akademik dan penyelidikan, latihan, wakaf, sumbangan alumni, jalinan korporat perniagaan, perkhidmatan dan peruncitan di universiti masing-masing.

Seperti dimaklumi, rata-rata UA mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang boleh digunakan dalam perkhidmatan perundingan bersama syarikat dan agensi luar. Ini sekali gus memberi janaan pendapatan tambahan di samping mempromosi UA kepada pasaran global.

UA juga boleh mengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan melalui program prasiswazah dan pascasiswazah yang berkualiti tinggi. Ini dapat dicapai dengan program atas talian yang dibangunkan menggunakan platform Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOC) yang kini giat dibangunkan oleh setiap UA dalam pelbagai bidang.


Hasil kursus berkualiti

MOOC membuka peluang untuk UA berusaha dalam menghasilkan kursus dan subjek berkualiti tinggi dan menitikberatkan aspek pedagogi dan gaya pembelajaran. Maka 2017, mahasiswa dari seluruh dunia akan mula mendaftar masuk dan menjalani kursus berkualiti ini dan membayar jumlah tertentu pada akhir kursus kepada universiti.

Ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2016, Menteri Pendidikan Tinggi turut memberi gambaran bahawa nanti seorang pelajar dibenarkan mengambil kursus ditawarkan UA pada semester pertama, kemudian mengambil subjek dari universiti swasta dan kolej komuniti pada semester seterusnya. Pada akhir tempoh pengajian, pelajar ini boleh mendapat ijazah diiktiraf dan dikeluarkan bersama oleh institusi itu.

Impian ini pastinya tidak lagi mustahil dengan ada capaian kepada MOOC yang
mempraktikkan pembelajaran fleksibel. Fleksibiliti di sini memberi kuasa autonomi kepada pelajar untuk memilih kursus yang ingin mereka pelajari, masa dipilih untuk belajar dan dengan tokoh bidang yang mana ingin mereka jadikan sebagai pensyarah dan mentor di dalam jurusan mereka.

Pembangunan MOOC juga biasanya membabitkan proses yang melibatkan tenaga kerja dan peralatan teknikal. Oleh itu, UA boleh merangka strategi menjana kewangan melalui penyewaan aset universiti kepada pihak yang ingin membangunkan MOOC atau memerlukan khidmat nasihat dalam bidang pembelajaran teradun, pembelajaran luwes dan inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tak pinggir mahasiswa

Dalam pada itu, UA juga tidak harus meminggirkan mahasiswa yang menjadi nadi sesebuah universiti. Dalam meneraju agenda negara, mahasiswa juga harus dilibatkan dan diberi kepercayaan bekerjasama bagi menjana pendapatan menerusi produk yang dihasilkan oleh UA.



Tuesday, November 8, 2016

Pembangunan Repositori Khazanah Melayu


Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah membangunkan Portal Repositori Khazanah Melayu pada tahun 2016 bersempena Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa pada 8 hingga 10 November 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Konvensyen ini diadakan bagi menyambut Sambutan UiTM yang ke 60 tahun


Portal ini telah dibangunkan oleh staf perpustakaan UiTM dan pembangunan kandungan  (content) melibatkan keseluruhan Pegawai Pengurusan Profesional PTAR dengan merujuk kepada sumber-sumber bahan berkaitan melayu dari seluruh Malaysia dan lain-lain badan agensi kerajaan. Pada tahun 2020, portal ini diberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dalam memastikan kandungan dan penyelenggaraan sentiasa dikemaskini.



Wednesday, August 24, 2016

MAKLUMAN PENUTUPAN LALUAN PINTU MASUK UTAMA TINGKAT 2 PTAR 1

Projek naik taraf dan ubahsuai perpustakaan akan dijalankan bermula 24 Ogos 2016 yang melibatkan kawasan di tingkat 2 PTAR 1. Projek ini akan mengambil masa 8 bulan dan dijangka selesai pada Februari 2017. Oleh itu, mulai 24 Ogos 2016 pengguna perpustakaan dikehendaki menggunakan laluan masuk di tingkat 1, PTAR 1




Monday, February 1, 2016

Naiktaraf Sistem Knowledge Management (KM) Perpustakaan UiTM

 


Pada perancangan strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020, satu pelan tindakan berkaitan naiktaraf sistem KM Perpustakaan UiTM telah dirangka. Tujuan naiktaraf ini dilakukan berdasarkan kepada perubahan teknologi dan kehendak semasa pengguna Perpustakaan masa kini. Oleh itu, satu perancangan strategik dirancang dalam memastikan perkhidmatan Perpustakaan sentiasa relevan pada masa kini dan akan datang




Monday, August 24, 2015

Bengkel Hands-On Sistem WILS Modul Serials / Article Indexing - Latihan II

 


Bahagian Pengurusan Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak, telah menganjurkan Latihan Hands-on Sistem WILS - Modul Serials / Article Indexing pada 24 - 25 Ogos 2015 untuk Sesi Latihan 2.

Maklumat bengkel yang telah diadakan adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 24 dan 25 (Recap) Ogos 2015.
  • Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
  • Tempat : Pusat IT, PTAR 1, UiTM Shah Alam
  • Sasaran : Staf yang terlibat dengan Modul Serials / Article Indexing



Tuesday, August 18, 2015

Lawatan Penandaarasan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak ke PTAR



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pada hari Selasa bersamaan 18 Ogos 2015. Lawatan yang dihadiri oleh pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Informasi, UIAM ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR, Pn. Asmah Maarof selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik telah memberikan penerangan dan taklimat bagi tujuan tersebut.

Lawatan yang diwakili oleh 10 orang pegawai perpustakaan UIA ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi maklumat tentang sistem eborang dan juga "Chat with Librarian" di dalam merekodkan pertanyaan rujukan harian yang dikendalikan di Perpustakaan UiTM