Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, May 3, 2021

Latihan : Kursus Pembangunan Mobile App

 Kursus Pembangunan Mobile App telah dijalankan bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran kepada staf JPD tentang teknologi terkini Mobile App. Melalui kursus ini akan membantu staf mengetahui penggunaan dan trend terkini teknologi yang digunapakai dalam membangunkan aplikasi Mobile App Perpustakaan.





Tarikh : 3- 5 Mei 2021

Tempat : Pusat IT

Penceramah : En Azrul (Timbalan Pegawai Sistem Teknologi Maklumat), Fakulti Perubatan, UiTM Sungai Buloh


Link Berkaitan : https://whatwebcando.today

Monday, April 26, 2021

Kunjungan Hormat Pengurusan Eksekutif PTAR kepada Pengerusi UiTM

 


Kunjungan hormat barisan pengurusan eksekutif perpustakaan UiTM kepada Pengerusi UiTM Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah telah dibuat pada 26 April 2021 bertempat di bilik mesyuarat Gesturz UiTM. Antara perkara utama yang dibentangkan adalah berkaitan Transformasi Perpustakaan ke arah Perpustakaan Digital.




Tuesday, April 20, 2021

Pembentangan Prestasi Perpustakaan Digital Sukuan 1 Tahun 2021

Untuk Petunjuk Prestasi Perpustakaan Digital Tahun 2021 telah memfokuskan kepada aspek penggunaan Portal Perpustakaan samada dari dalam negara atau luar negara. Penggunaan portal perpustakaan ini diukur menggunakan tool Google Anlytics mengikut session dan pageview. 


Pencapaian suku pertama tahun 2021 adalah mencapai 25% dari sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, Jabatan Perpustakaan Digital telah membentangkan pencapaian tujuh (7) Petunjuk Prestasi. Terdapat 5 petunjuk prestasi yang tercapai 25%. Sesi pembentangan ini dihadiri oleh semua pegawai pengurusan dan profesional Pustakawan UiTM

Monday, April 12, 2021

Apa itu SOLR




About SOLR

Solr (pronounced "solar") is an open source enterprise search platform written in Java. It uses the lucene Java search library at its core for full-text indexed and search.

Solr is highly reliable, scalable and fault tolerant, providing distributed indexing, replication and load-balanced querying, automated failover and recovery, centralized configuration and more. Solr powers the search and navigation features of many of the world's largest internet sites

https://solr.apache.org/

Sunday, April 11, 2021

Server DRC Perpustakaan

 


Disaster Recovery Centre (DRC) penting bagi mana-mana organisasi yang menguruskan sistem agar perkhidmatan dapat disediakan sepanjang 24/7. 

Tuesday, March 30, 2021

Mesyuarat Teknikal Sistem Web Based Integrated Library System Bil.1/2021

Mesyuarat Teknikal Sistem WILS Bilangan 1 telah diadakan pada 30 Mac 2021 secara online. Kehadiran adalah terdiri daripada pegawai teknikal Perpustakaan UiTM dari 13 Kampus UiTM serta pegawai teknikal di Kampus Induk Shah Alam. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan pencapaian penggunaan integrasi sistem WILS dengan sistem Kewangan Universiti serta aduan yang dilaporkan dalam sistem WILS.

Thursday, March 4, 2021

Portal Who's Who PTAR telah ditambahbaik kepada penambahan fungsi baharu dan susunan layout yang lebih friendly dan sistematik

 

Wednesday, February 10, 2021

Makluman Perkhidmatan Perpustakaan Digital bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 


Untuk makluman seluruh warga UiTM, bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa beroperasi sepanjang tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan perpustakaan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian melalui Perkhidmatan Perpustakaan Digital.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi perpustakaan yang berhampiran dengan anda ditalian:


PTAR Utama : 03 5543 8581 / 03 5521 1701
PTAR Undang-Undang  : 03-5544 3733
PTAR Kejuruteraan : 03-5544 3812  
PTAR Sains dan Teknologi : 03-5544 3820
PTAR Alam Bina : 03-5544 439260 3-5543 8581


Untuk Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan boleh hubungi Encik Mohd Ismail (ismailabidin@uitm.edu.my | Puan Nik Zatihulwani (nikzatihulwani@uitm.edu.my


Aplikasi Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/ atau Aplikasi WhatsApp : https://wa.me/message/MMKDSJ5O3JBHA1
*(Isnin-Jumaat | 8:30 pagi - 4:45 petang & Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Tutup)



Wednesday, February 3, 2021

Penggunaan Sistem Audit Perpustakaan UiTM

Sistem Audit Perpustakaan UiTM telah berjaya dibangunkan dan digunakan ketika Mesyuarat Pembukaan Audit Perpustakaan UiTM Bilangan 1 Tahun 2021 pada 3 Februari 2021. Penggunaan sistem ini sangat bertepatan dan sesuai kerana proses auditan dijalankan secara online. Semoga sistem yang dibangunkan ini akan memudahkan proses audit di Perpustakaan secara digital.



Tuesday, February 2, 2021

Lawatan Penandaarasan oleh Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja penandaarasan daripada Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Ibu Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si serta beberapa pegawai perpustakaan dan diraikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Jantan selaku Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Tn Hj Ahmad Faizar dan En. Ashraf Zamani. 

Tujuan lawatan kerja penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan koleksi digital seperti yang telah diwujudkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Justeru, pihak PTAR amat berbesar hati berkongsi maklumat mengenai pengurusan koleksi digital akses terbuka (open access) dan laman web perpustakaan. Penekanan turut diberikan kepada tiga komponen Perpustakaan Digital PTAR iaitu perkhidmatan digital (digital service), koleksi digital (digital collection) dan proses digital (digital proccess). Di samping itu, proses pengindeksan bahan akses terbuka seperti Directory Open Access Journal (DOAJ), Directory Open Access Book (DOAB) dan lain-lain repositori institusi turut dikongsi bersama. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) - UiTM Library



https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/108-news/436-lawatan-upi

Friday, January 29, 2021

Live@PTAR Siri 3 "Cyber Security Malaysia CyberSAFE Awareness Talk: "Excuse Me, Your Privacy is Showing"

 


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bertajuk “Cyber Security Malaysia CyberSAFE Awareness Talk: "Excuse Me, Your Privacy is Showing" di bawah segmen Bicara Tokoh. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, selaku pengacara majlis bersama dengan panel jemputan, Encik Edwan Aidid, Certified Information Security Awareness Manager (CISAM), Cyber Security Malaysia. Cyber Security Malaysia merupakan satu agensi di bawah Kementarian Komunikasi dan Multimedia yang berpengalaman dalam bidang keselamatan cyber di Malaysia.  Panel jemputan menekankan empat prinsip keselamatan cyber yang perlu diambil perhatian oleh pengguna iaitu awareness, discipline, attitude dan best practices. Menurut beliau, terdapat tiga platform utama yang banyak digunakan iaitu Whats AppFacebook dan Instagram. Selain itu, Encik Edwan Aidid turut berkongsi taktik-taktik yang telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil data peribadi pengguna tanpa disedari seperti fraud, scams dan caller spoofing. Oleh yang demikian, beliau menasihati pengguna agar berhati-hati dalam membuat transaksi secara atas talian dan boleh membuat semakan nombor akaun atau nombor telefon di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia. Beliau menyeru agar pengguna menjadi ‘pemimpin internet’ dengan mengamalkan T.I.P iaitu ThinkerInspire dan Proactive. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya warga UiTM.


Siaran ulangan program boleh dilihat di pautan:

 

Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=b5OHevVSUj8


FB Perpustakaan UiTM :

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159443454012625/



Like and follow us: