Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Thursday, July 28, 2022

Pembangunan dan Kelestarian Perkhidmatan Perpustakaan Digital

Telah diadakan Program Kecemerlangan Bakat di Dewan Annex UiTM oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program ini bertujuan memberikan kefahaman tentang halatuju dalam membangunkan Perpustakaan Digital kepada barisan Pustakawan Kanan Perpustakaan UiTM seramai 70 orang di UiTM. Perkongsian ini lebih tertumpu kepada dua insiatif utama Perpustakaan iaitu MobileApp@UiTM Library dan My Knowledge Management (MyKM).
Selain daripada itu dikongsikan juga Roadmap Pendigitalan Perpustakaan UiTM. Terdapat beberapa inisiatif yang dirancang bagi memenuhi GRU2025 UiTM

Berikut merupakan informasi program:
  • Tajuk :Program Kecemerlangan Bakat (ProKeb) Pustakawan S44 Perpustakaan UiTM
  • Tarikh : 27-29 Julai 2022 (Rabu-Jumaat)
  • Masa  : 09.00 pagi - 05.00 petang
  • Tempat : Anjung Sri Budiman (Dewan Annexe), UiTM
Objektif penganjuran latihan adalah untuk:
1. Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pustakawan Profesional (Professional Librarian).
2. Mempersiapkan diri pegawai dengan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan (ASK) ke arah membentuk kompetensi global.
3. Membangun kelompok bakat kepemimpinan yang berkarisma dan berpengetahuan untuk menerajui organisasi pada masa hadapan.
4. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai Profesional supaya sentiasa relevan, dihormati dan menjadi sumber rujukan (3R: Relevance; Respected; Referred).
5. Melahirkan pegawai yang berkeupayaan untuk berfikiran aras tinggi (High-Order Thinking Skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan inovatif.

Wednesday, July 27, 2022

Amalan Terbaik Pembangunan Perpustakaan Digital

Pada 27 Julai 2022, satu perkongsian tentang amalan terbaik pembangunan perpustakaan digital UiTM telah dikongsikan dalam Bengkel Perpustakaan Digital Politeknik Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam. PSA telah menjemput tiga puluh tiga (33) orang pustakawan dari seluruh Politeknik Malaysia.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi kefahaman kepada semua Pustakawan di Politeknik dalam memperkasakan perkhidmatan digital di semua Perpustakaan Politeknik. Pembentangan amalan terbaik telah dikongsikan oleh Ts Hj. Azizi Bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan Perpustakaan UiTM.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam memperkasakan peranan Perpustakaan di Institusi




Wednesday, July 20, 2022

Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM

  • Tarikh : 19 Julai 2022 (Selasa)
  • Masa  : 8.30 pagi - 5.00 petang
  • Tempat :Pusat IT, Kampus Puncak Alam

Bagi memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendigitalan  Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan UiTM Kampus Puncak Alam. Para peserta terdiri daripada para Pustakawan dan Pembantu Pustakawan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini pengurusan hal ehwal Perpustakaan Digital. 

Gambar disekitar bengkel:






Wednesday, July 6, 2022

Aplikasi baharu MobileApp@UiTM Library

 

Jabatan Perpustakaan Digital PTAR telah melancarkan aplikasi baharu MobileApp@UiTM Library. Aplikasi baharu ini menggunakan teknologi Progressive Web Application (PWA) bagi meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan yang lebih cemerlang. Semoga penggunaan teknologi baharu ini dapat membantu Jabatan menguruskan aplikasi mobileapp Perpustakaan UiTM dengan lebih cekap dan cepat.

Issues and Trends of Information Technology in Libraries and Information Centers


Collaborative Teaching PTAR &  Fakulti Pengurusan Maklumat
Pada pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching) sesi kali ini , pihak JPD telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan, Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital untuk berkongsi  maklumat dan kepakaran.

Tajuk : 
Issues and Trends of Information Technology in Libraries and  Information Centers
Tarikh : 
5 Julai 2022 (Selasa)
Masa  : 2.00 petang - 3.30 petang
Platform : Google Meet


Program Collaborative Teaching  ini  bermula apabila  pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah mempelawa pihak PTAR untuk turut sama menyumbang kepakaran dalam sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching).

Pengajaran kolaboratif adalah salah satu daripada inisiatif pihak UiTM dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya mahasiswa akan berpeluang untuk mendapat pendedahan dari luar terutamanya industri. Disamping itu, inisiatif ini dapat mengeratkan jalinan fakulti dengan industri dan alumni.

Sesi awal perbincangan Collaborative Teaching  pada 12 Februari 2022






Foto sekitar Collaborative Teaching : Issues and Trends of Information Technology in Libraries and  Information Centers






Webinar: The Digital Library Services

Jabatan Perpustakaan Digital PTAR telah dijemput Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau bagi memberikan maklumat berkaitan pengurusan Perpustakaan Digital di UiTM. Program ini merupakan anjuran Pelajar IM2444B semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau. 

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengetahui pengurusan Digital Library dengan lebih mendalam bersama-sama panel jemputan iaitu Dr. Nazrinda binti A. Samah, Pustakawan Kanan UTM, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Pustakawan Kanan UiTM Shah Alam dan Cik Nur Ardini selaku moderator.

Tarikh 4 Julai 2022, Isnin
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Platform Webex 



 Antara kemudahan-kemudahan yang didedahkan didalam program ini adalah seperti:  
 
Gambar disekitar program berlangsung:


Friday, July 1, 2022

Lawatan Penandarasan MOOCs PTAR oleh Perpustakaan UPM

Pada 1 July 2022, Jabatan Perpustakaan Digital telah dipilih untuk mewakili PTAR untuk menerima Lawatan Penandaarasan MOOCs oleh Perpustakaan UPM. Platform Zoom telah dipilih untuk lawatan ini. Program bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 11.00 pagi.


Gambar disekitar lawatan:
 

Thursday, June 30, 2022

Bengkel Pemantapan Perpustakaan Digital UiTM SeMalaysia Bil. 1/2022

 

  • Tarikh : 29 Jun 2022 (Rabu)
  • Masa  : 9.00 pagi - 5.00 petang
  • Tempat : Bilik Seminar PTAR UiTM Shah Alam

Bengkel ini merupakan sesi kedua untuk program 2 hari yang dianjur oleh pihak jabatan. Para peserta terdiri daripada para pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Perpustakaan Digital di peringkat UiTM negeri.  

Gambar disekitar bengkel:

Gambar disekitar pembentangan: