Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, October 16, 2023

Expo Kelab dan Persatuan anjuran Kolej Pengajian Kejuruteraan 2023

 Untuk pertama kalinya, pihak JPDg telah bergerak sendiri untuk bertemu pelanggan dengan membawa set ARVR kepada pengguna. Atas jemputan pengurusan Perpustakaan Kejuruteraan, pihak JPDg yang diwakili oleh En. Erry Ezzani Hj. Mazlee telah membuka booth di Expo kelab dan persatuan. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 13 Oktober 2023
  • Masa: 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
  • Tempat: Ruang legar PKEJ
  • Staf terlibat: En. Erry Ezzani Hj. Mazlee
               En. Mohd. Fitri B. Ruslan

Tujuan pogram ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan PTAR mengenai perkhidmatan ARVR yang ada di PTAR. Pogram ini juga membolehkan kepada para pelanggan PTAR  mencuba set ARVR tanpa perlu ke PTAR Utama. Selain itu juga, pembukaan booth ini membolehkan promosi mengenai perkhidmatan perpustakaan digital yang disediakan di PTAR dapat dilakukan.

Sambutan para pelanggan terhadap booth JPDg adalah amat memberangsangkan. Seramai 16 orang pelajar dan pensyarah telah mencuba set ARVR ini dan lebih dari 20 orang berhenti di booth untuk melihat pameran . Booth juga telah menerima lawatan dari Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor HEP.


Gambar disekitar program:


Friday, October 13, 2023

Projek Penambahbaikan Pusat IT, PTAR


 Bagi meraikan kepulangan pelajar dan kehadiran pelajar baru sesi Oktober 2023, pusat IT PTAR telah menerima 5 set penghawa dingin yang baharu. Tujuan penggantian set penghawa dingin ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna pusat IT PTAR. Projek ini adalah dibawah penyeliaan dan pengurusan Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM. Berikut merupakan butiran projek:

  • Nama projek: Penukaran penghawa dingin Pusat IT, PTAR
  • Lokasi: Pusat IT, Bilik 1 dan Bilik 2
  • Jumlah unit terlibat: 4 unit untuk Bilik 1 dan 1 unit Bilik 2
  • Kontraktor: Kontraktor lantikan Bahagian Pengurusan Fasiliti
  • Tempoh projek: September 2023 sehingga Oktober 2023

Projek ini bermula di Pusat IT, Bilik 2 pada 11/9/2023 dimana sebanyak 1 unit penghawa dingin telah diganti. Penukaran ini mengambil masa 2 hari untuk diselesaikan. Untuk Pusat IT Bilik 1 pula, sebanyak 4 unit telah ditukar. Masa penukaran mengambil masa hampir 8 hari bermula dari 3 Oktober sehingga 10 Oktober 2023.

Gambar disekitar projek:

Monday, October 2, 2023

Gotong Royong Perdana UiTM 2023

 

    Alhamdulillah, pada 29 September 2023 bersamaan hari Jumaat, pihak JPDg telah berjaya menjayakan Gotong Royong Perdana UiTM 2023. Terdapat keunikan acara gotong royong perdana 2023 iaitu ianya telah diadakan serentak diseluruh kampus dan seluruh negara. Dengan penyertaan seramai lebih 35,685 orang warga UiTM dicatatkan di dalam "THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Majlis Gotong-Royong Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Infrastruktur Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini bertemakan "KITA, KAMPUS DAN ALAM".
 
    Di PTAR sendiri, majlis bermula dengan sesi taklimat ringakas dan bacaaan doa. Kemudian diikuti dengan acara memanaskan badan sebelum bermulanya gotong royong. Pihak PTAR juga telah menyediakan sarapan pagi untuk acara ini.

    Setelah selesai acara memanas badan, setiap staf akan ke ruang kerja masing-masing untuk memulakan aktiviti gotong royong. Acara ini berlangsung sehingga jam 11.00 pagi.

Gambar disekitar acara:

Friday, September 22, 2023

Kursus Penggunaan Aplikasi ClassVR

Pihak JPDg telah mengadakan Kursus Penggunaan Aplikasi ClassVR, maklumat seperti dibawah:

Tarikh: 22 September 2023 (Jumaat)
Masa: 09.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Smart Classroom, PTAR UiTM Shah Alam
Anjuran: Jabatan Perpustakaan Digital
Penceramah: En. Razaq dari Fargoes

Seramai 10 orang peserta telah dijemput untuk kursus ini dari pelbagai jabatan. Kursus dimulakan dengan penerangan dari En. Mohd. Izwan mengenai intipati kursus sebelum diambil oleh En. Razaq sebagai penceramah utama.


Thursday, September 21, 2023

Pelajar Latihan Industri Ogos 2023

 Pihak JPDg telah menerima 2 orang pelajar latihan industri bermula dari 21/9/2023 sehingga 22/9/22023. Maklumat pelajar adalah seperti berikut:

  1. Mohamad Sabri B. Mad Nor
    Ijazah Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Melayu (Kepujian)
    Universiti Putra Malaysia
  2. Nur Anis Asyikin Bte. Asmawi
    Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod
    Universiti Teknolgi Mara
Untuk hari pertama, pelajar telah menerima penerangan dari En. Mohd Izwan dan En. Asyraf mengeni JPDg. Pelajar juga telah mencuba dan menerima penerangan berkaitan ARVR oleh En. Erry. Untuk hari kedua, pelajar akan ke Unit Sumber Kandungan Digital dimana meraka akan diberi peneranagn oleh En. Farabie.


Friday, August 4, 2023

Sesi penggambaran di PTAR Kampus Sungai Buloh dan Selayang bagi projek PTAR Virtual


    Telah diadakan sesi penggambaran di PTAR Kampus Sungai Buloh dan Selayang. Info berkaitan sesi tersebut seperti dibawah:

    Tarikh: 2 Ogos 2023 (Rabu)
    Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
    Staf bertugas: En. Erry Ezzani Hj. Mazlee dan En. Muhammad Fikree B. Rahmat
    Dibantu Oleh: Amirul Hakim B. Raup, Nurkhairunisa Bt. Jaafar dan Muhammad Faizzudin B.Mohd Yusof

     Lokasi pertama pada belah pagi adalah Kampus Sungai Buloh. Penggambaran bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Pada belah petang pula, lokasi kedua iaitu Kampus Selayang. Bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang.

Gambar disekitar sesi penggambaran: