Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Thursday, August 28, 2025

Majlis Simbolik Penyerahan Jalur Gemilang PTAR Shah Alam: Menyemarak Semangat Malaysia Madani

 





📅 1 Ogos 2025
📍 Perkarangan PTAR Utama, UiTM Shah Alam

Bulan Ogos membuka tirainya dengan penuh bermakna di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam apabila satu Majlis Simbolik Penyerahan Jalur Gemilang telah diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Majlis tahunan ini menjadi platform penting dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri nasional, serta menyokong aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan warga perpustakaan dan universiti.

Merdeka Intelektual: Lebih Dari Sekadar Simbolik

Dalam ucapannya, Ketua Pustakawan PTAR menekankan bahawa erti kemerdekaan hari ini bukan sahaja merujuk kepada pembebasan daripada penjajahan fizikal, tetapi lebih mendalam – iaitu pembebasan minda dan jiwa daripada kekangan kejahilan, kerakusan, dan kealpaan duniawi.

"Perpustakaan hari ini bukan lagi sekadar ruang buku fizikal. Ia menjadi nadi transformasi ilmu – dari tradisional ke digital, menjulang makna kemerdekaan intelektual," ujar beliau dengan penuh semangat.

Ucaptama ini menyorot kepada peranan perpustakaan sebagai pemacu kemerdekaan intelektual, yakni kebebasan dalam berfikir, menilai, dan bertindak berasaskan ilmu, nilai dan integriti.

Lambang Patriotisme dan Komitmen PTAR

Majlis turut menyaksikan penyerahan serta pengibaran Jalur Gemilang oleh wakil-wakil pengurusan dan staf PTAR, termasuk staf daripada Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI). Kehadiran dan sokongan aktif staf BPDI menunjukkan komitmen berterusan mereka dalam memupuk semangat kebangsaan di samping menyokong transformasi digital perpustakaan.

Bendera Jalur Gemilang bukan sekadar simbol, tetapi pancaran nilai, sejarah dan semangat yang diwarisi.

Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kebersamaan, integriti dan kesejahteraan masyarakat. PTAR sebagai jantung ilmu universiti terus berperanan aktif dalam mendidik, membimbing dan memupuk nilai patriotisme dalam landskap pembelajaran yang serba digital dan terbuka.































✍️ Sumber Artikel Dan Gambar Ini Telah Diterbitkan oleh Perpustakaan UiTM

Wednesday, August 27, 2025

Perkongsian Artikel : Program Jalan-Jalan Santai Jiwa Merdeka di UiTM Shah Alam

Program “Jalan-Jalan Santai Jiwa Merdeka” Serlahkan Semangat Patriotik Warga PTAR

SHAH ALAM, 19 Ogos 2025 – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program santai tetapi bermakna bertajuk “Jalan-Jalan Santai Jiwa Merdeka”, yang berlangsung dalam suasana penuh ceria, semangat, dan kebersamaan.

Seramai 85 orang warga PTAR, termasuk kakitangan dari pelbagai bahagian seperti Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), telah menyertai program ini yang berbentuk perarakan santai mengelilingi kampus UiTM Shah Alam. Para peserta memulakan perjalanan dari PTAR dan melalui beberapa lokasi ikonik universiti, termasuk PTUU, Kenanga, Bangunan Wawasan (Check Point 1), DATC, Kolej Perindu, Masjid UiTM, Kolej Seroja (Check Point 2), Parking Bertingkat, dan DSB sebelum kembali semula ke PTAR sebagai titik penamat (Check Flag).

Menambahkan kemeriahan, para peserta tampil dengan pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang, baju rasmi Malaysia atau UiTM, serta turut mengibarkan bendera kecil sebagai lambang kecintaan terhadap tanah air. Senyuman dan gelak tawa jelas terpancar, mencerminkan suasana mesra dan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan peserta.

Program ini bukan sahaja memupuk semangat patriotik, tetapi turut menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara staf serta menggalakkan gaya hidup sihat. Ia juga menjadi ruang buat staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) menzahirkan semangat dan komitmen mereka terhadap aktiviti dalaman perpustakaan yang menyatukan warga kerja dalam suasana santai namun bermakna.

Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, turut hadir memberi sokongan dan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat. Beliau berkata,

“Aktiviti seperti ini mampu menyemarakkan semangat patriotik dan dalam masa yang sama memupuk kesejahteraan fizikal dan mental warga perpustakaan.”

Program ini turut seiring dengan tema Hari Kebangsaan 2025, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sekali gus mencerminkan aspirasi PTAR dalam menyantuni warganya melalui aktiviti berimpak tinggi yang menggabungkan elemen kesihatan, perpaduan dan semangat cintakan negara.


Gambar Sebahagian Peserta dari BPDI yang ceria dan bersemangat






























✍️ Sumber Asal Artikel Dan Gambar Ini Telah Diterbitkan oleh Perpustakaan UiTM




Friday, August 1, 2025

Ucapan Tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas Kenaikan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Gred S13)

 


01 Ogos 2025 | 07 Safar 1447H

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas Kenaikan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Gred S13)

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas kenaikan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Gred S13, berkuat kuasa mulai 01 Ogos 2025.

Dr. Hajah Adlina telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Unit Pembelajaran Digital di bawah Bahagian Perpustakaan Digital, di mana beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan inisiatif pembelajaran digital. Kenaikan pangkat ini adalah satu pengiktirafan yang selayaknya diberikan atas komitmen, kepimpinan serta dedikasi berterusan beliau dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan digital di UiTM.

Warga BPDI amat berbangga dengan pencapaian ini, dan kami yakin Dr. Hajah Adlina akan terus menyumbang secara aktif dalam menerajui kecemerlangan perpustakaan, khususnya dalam bidang transformasi digital dan pembelajaran inovatif.

Sekali lagi, tahniah daripada kami semua di BPDI dan selamat menjalankan amanah baharu. Semoga terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada warga perpustakaan!


Sumber Artikel : 

Official Facebook Page Of Perpustakaan UiTM 

Wednesday, July 16, 2025

💬 Suara Anda, Keutamaan Kami: Salurkan Maklum Balas Anda Melalui Saluran Rasmi UiTM


Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kami sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi keselesaan dan kepuasan semua warga kampus. Maklum balas anda, sama ada dalam bentuk cadangan, aduan, atau pertanyaan, sangat kami hargai!

Bagi memastikan setiap suara didengar dan ditangani dengan sewajarnya, berikut adalah saluran rasmi yang boleh anda gunakan untuk menyuarakan pandangan anda:




1️⃣ e-Aduan UiTM (Umum)

🔗 aduan.uitm.edu.my

Gunakan platform ini untuk aduan umum berkaitan perkhidmatan atau pengalaman anda di UiTM.


2️⃣ Aduan Korporat Perpustakaan UiTM

🔗 mykm.uitm.edu.my/e-aduan

Khusus untuk aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).


3️⃣ Chat with Librarian (PTAR)

🔗 app.library.uitm.edu.my/libchat

Perlu bantuan segera? Berbual secara langsung dengan pustakawan kami untuk pertanyaan atau konsultasi penyelidikan.


4️⃣ e-Aduan ICT (UNiTS)

🔗 units.uitm.edu.my

Laporkan sebarang isu atau perlukan sokongan berkaitan sistem ICT dan teknologi di UiTM.


5️⃣ e-Aduan Fasiliti UiTM

🔗 fms.uitm.edu.my/eAduan

Saluran ini khas untuk laporan berkaitan fasiliti kampus seperti kerosakan, kebersihan, dan persekitaran.


6️⃣ Library Support System (LSS) – PTAR (Untuk Staf Perpustakaan UiTM Sahaja)

🔗 lss.uitm.edu.my

Digunakan oleh staf perpustakaan untuk melaporkan isu teknikal berkaitan sistem dan perkhidmatan digital perpustakaan.

Sila Klik Pada Pautan Diatas Atau Scan Kod QR Pada Gambar Diatas Bagi Capaian Pantas.

✨ Jangan tunggu lagi!

Maklum balas anda sangat penting dalam membantu kami menambah baik segala aspek perkhidmatan di UiTM. Bersama, kita cipta persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan menyeluruh.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Media Rasmi Universiti Teknologi MARA

#uitm #perpustakaanuitm #FeedbackMatters #welisten #YourVoiceCounts


📌 Diolah daripada hantaran rasmi di Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), 2025. 

📌 Sumber Asal Hantaran Dan Gambar  : Official Facebook Page Perpustakaan UiTM






Wednesday, July 9, 2025

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Menerima Kunjungan Hormat Daripada Pihak Pengurusan Fakulti Sains Maklumat (FSM) UiTM Shah Alam


SHAH ALAM, 4 Julai 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Fakulti Sains Maklumat (FSM), UiTM Shah Alam dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan bermakna.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pembelajaran, penyelidikan, dan pembangunan graduan. Ia mencerminkan usaha bersama dalam membina sinergi baharu ke arah melahirkan profesional maklumat yang kompeten dan berdaya saing.

Sesi ini bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya menjadi platform perbincangan intelektual dan strategik yang membuka ruang kepada kerjasama yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak. Fokus utama perbincangan adalah ke arah pengukuhan ekosistem akademik sejajar dengan komitmen UiTM untuk melahirkan tenaga profesional yang bersedia menghadapi cabaran industri semasa.

Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, dalam ucapannya menyatakan harapan agar hubungan strategik ini memberi impak positif terhadap perkembangan pelajar FSM, khususnya dalam persediaan mereka menghadapi realiti industri yang semakin mencabar.

Menurut beliau, PTAR sentiasa komited menyokong keperluan pembelajaran dan latihan praktikal pelajar, agar mereka bukan sahaja menguasai teori, malah memiliki daya saing tinggi dalam bidang maklumat, perpustakaan digital, analitik data dan pengurusan arkib digital.

Kunjungan ini menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh budaya ilmu dan inovasi digital di kampus, dengan PTAR memainkan peranan penting sebagai rakan strategik fakulti akademik.

PTAR yakin bahawa kerjasama berterusan ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkualiti – melahirkan profesional maklumat yang bersedia memenuhi keperluan pasaran serta perkembangan teknologi masa kini.








Sumber Gambar Dan Hantaran Asal : Library UITM 


Friday, July 4, 2025

Sesi Perbincangan Bersama Pihak Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) Berkenaan Penambahbaikan Laman Web Rasmi GTAR


Tarikh     :  4 Julai 2025 (Khamis)

Masa      :  3.00 petang – 5.30 petang

Tempat   :  Bilik Perbincangan,

                  Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

                  Jabatan Perpustakaan UiTM 

Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan antara wakil Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) dan pihak Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) pada 4 Julai 2025 telah berlangsung di Bilik Perbincangan BPDI. 

Sesi ini bertujuan untuk membincangkan cadangan penambahbaikan laman web rasmi GTAR agar lebih efisien, mesra pengguna serta memenuhi keperluan semasa dalam penyampaian maklumat kepada orang awam.

Mewakili Pihak BPDI Adalah Dua Orang Pegawai Dari Unit Pengurusan Portal dan Laman Web Perpustakaan Iaitu :

1. Encik Mohd Izwan bin Salim (Ketua Unit)

2. Encik Asraf Zamani bin Hazim

Manakala pihak GTAR pula telah diwakili oleh :

1. Puan Roszainatul Haizan binti Rusili (Ketua GTAR)

2. Cik Noorbaizura binti Mazlan

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah penambahbaikan dari segi reka bentuk antaramuka (UI), struktur navigasi laman, susun atur kandungan, serta keperluan untuk mempertingkatkan aksesibiliti laman kepada pelbagai jenis peranti dan pengguna. Perbincangan juga turut menyentuh aspek teknikal seperti integrasi multimedia, fungsi carian yang lebih intuitif, dan keperluan pengekalan identiti korporat dalam reka bentuk laman web.

Diharapkan hasil perbincangan ini akan menjadi asas kukuh dalam usaha menaik taraf laman web GTAR ke arah platform yang lebih moden, informatif. 

Semoga segala cadangan yang telah dibincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya dalam masa terdekat.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Perbincangan Tersebut Berlangsung :