Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label kenaikan pangkat. Show all posts
Showing posts with label kenaikan pangkat. Show all posts

Friday, April 18, 2025

Tahniah Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S13





Tahniah Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria
Pelantikan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Tahniah diucapkan kepada Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S13, yang berkuat kuasa pada 16 April 2025. Pelantikan ini adalah pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam bidang kepustakawanan.

Semoga Dr. Zalifah terus cemerlang dalam menerajui kecemerlangan Perpustakaan UiTM dan memberi sumbangan yang besar dalam memajukan institusi ini. Seluruh warga Perpustakaan UiTM mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan berterusan.

Pautan Hebahan:


Sumber:
UNIT KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
03-5544 3735

Thursday, April 10, 2025

Majlis Perpisahan Encik Arshad Bin Bujang oleh Warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)




Pada 10 April 2025, bertempat di Sahara Tent Restaurant, Plaza Shah Alam, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan majlis perpisahan untuk memberi peluang kepada staf BPDI meraikan Encik Arshad Bin Bujang yang telah dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke bahagian baharu. Di kesempatan ini, warga kerja BPDI mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di BPDI

Kenaikan Pangkat – Penghargaan Terhadap Dedikasi

Kenaikan pangkat Encik Arshad adalah bukti kepada kerja keras, kesungguhan, dan komitmen beliau yang tidak pernah luntur. Beliau telah memberikan sumbangan yang amat berharga kepada BPDI, Jabatan Perpustakaan, serta UiTM secara keseluruhan. Kami yakin, dengan pengalaman dan kepakaran beliau, Encik Arshad akan terus berjaya dalam peranan baharu yang bakal ditempuhi.

Perpisahan – Kenangan Sepanjang Perkhidmatan

Walaupun berat hati untuk berpisah, kami semua memahami bahawa langkah ini adalah keputusan terbaik untuk perkembangan kerjaya Encik Arshad. Kenangan manis sepanjang beliau berkhidmat bersama kami akan sentiasa tersemat di dalam ingatan dan hati kami.

Cenderamata - Pemberian Dari Warga Kerja BPDI

Sebagai kenang-kenangan, pemberian cenderamata telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah BPDI, Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, kepada Encik Arshad.

Ucapan Terima Kasih dan Doa

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Arshad Bin Bujang atas segala usaha, dedikasi, dan semangat yang telah ditunjukkan. Semoga segala urusan dalam peranan dan bahagian baharu beliau dipermudahkan, dan kejayaan sentiasa menyertai langkah beliau.

Selamat Maju Jaya, Encik Arshad!


Disertakan Gambar Sekitar Majlis Tersebut Berlangsung : 









Tuesday, May 23, 2023

Majlis Perpisahan dan Terima Kasih Tuan Haji Ahmad Faizar dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya


    Pada 18 Mei 2023 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu majlis meraikan kenaikkan pangkat dan pertukaran tempat bertugas. Staf yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48) dan akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang pada 22 Mei 2023. Manakala Cik Ummi Halimatunssaadiyya pula bertukar Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan.


    Juga telah diadakan sesi Serahan Tugas oleh Tn. Haji Ahmad Faizar kepada Encik Mohd. Izwan B. Salim bersaksikan Ketua Jabatan Encik Ahamad Zuber pada hari terakhir beliau di JPDg iaitu pada 19 Mei 2023. Encik Mohd, Izwan B. Salim akan mula bertugas pada 1 Jun 2023.


Gambar disekitar majlis: