- Tajuk :Program Kecemerlangan Bakat (ProKeb) Pustakawan S41 Perpustakaan UiTM
- Tarikh : 1-3 Ogos 2022 (Isnin-Rabu)
- Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
- Tempat : Bilik Seminar PTAR, UiTM
Objektif penganjuran latihan adalah untuk:
1. Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pustakawan Profesional (Professional Librarian).
2. Mempersiapkan diri pegawai dengan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan (ASK) ke arah membentuk kompetensi global.
3. Membangun kelompok bakat kepemimpinan yang berkarisma dan berpengetahuan untuk menerajui organisasi pada masa hadapan.
4. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai Profesional supaya sentiasa relevan, dihormati dan menjadi sumber rujukan (3R: Relevance; Respected; Referred).
5. Melahirkan pegawai yang berkeupayaan untuk berfikiran aras tinggi (High-Order Thinking Skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan inovatif.
Bagi sesi ini, Tuan Hj Ahmad Faizar dari Jabatan Perpustakaan Digital telah membentangkan Taklimat bertajuk Pembangunan dan Kelestarian Perpustakaan Digital UiTM kepada 20 peserta yang terdiri dari Pustakawan Gred S41.
0 comments:
Post a Comment