Google Analytic

Friday, December 19, 2025

Jamuan Majlis Perpisahan Bagi Staf Yang Bertukar serta Meraikan Warga Baharu BPDI 2025


Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Baharu BPDI 2025

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan Jamuan Majlis Perpisahan dan Meraikan Warga Baharu bersempena Pergerakan Pegawai & Staf BPDI Tahun 2025. Majlis ini berlangsung dalam suasana meriah bertempat di Kelab Shah Alam Selangor(KSAS Clubhouse), Seksyen 13, Shah Alam.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sarapan pagi bersama, di mana warga BPDI beramah mesra, berbual santai dan menikmati hidangan yang disediakan.


Ucapan  Selamat Maju Jaya & Terima Kasih

Majlis ini juga menjadi platform untuk BPDI merakamkan penghargaan kepada pegawai dan staf yang bertukar keluar atas sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BPDI:

  • Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin
    Pembantu Pustakawan Kanan
    Kini bertugas di Unit Perhubungan Pelanggan & Perkhidmatan Koleksi, Perpustakaan Undang-Undang

  • Encik Asraf Zamani bin Hazim
    Pustakawan
    Kini bertugas di Seksyen Perangkaan & Pengurusan Data, Unit Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)


     

Semoga pengalaman dan kenangan sepanjang berada di BPDI menjadi satu kenangan manis serta bekalan berharga dalam meneruskan kerjaya di tempat baharu.


SeSelamat Datang & Tahniah kepada Lantikan Baharu BPDI

BPDI turut mengalu-alukan kehadiran tiga lantikan baharu yang kini menyertai kami:

  • Encik Mohamad Amarfarhan Bin Aminuddin, Pustakawan

  • Cik Nurul Atika Binti Harud Din, Pustakawan

  • Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad, Pembantu Pustakawan


Selain itu, Encik Muhammad Farid Zulhilmi Bin Zulkafli, Pembantu Pustakawan, turut menyertai BPDI sebagai warganya.


Penyampaian Cenderahati Istimewa

Di kesempatan ini juga, warga BPDI menyampaikan cenderahati kepada Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad sempena bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Januari akan datang, sebagai tanda ingatan dan doa daripada kami semua.

 

Jamuan ini bukan sekadar majlis makan bersama, tetapi menjadi ruang untuk menghargai jasa, meraikan perubahan dan mengeratkan hubungan sesama warga BPDI

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan BPDI terus melangkah maju sebagai satu bahagian yang positif dan dinamik dalam struktur organisasi PTAR dan UiTM.



Sumber Gambar : Ehsan Staf BPDI

0 comments:

Post a Comment