Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label Majlis perpisahan. Show all posts
Showing posts with label Majlis perpisahan. Show all posts

Friday, December 19, 2025

Jamuan Majlis Perpisahan Bagi Staf Yang Bertukar serta Meraikan Warga Baharu BPDI 2025


Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Baharu BPDI 2025

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan Jamuan Majlis Perpisahan dan Meraikan Warga Baharu bersempena Pergerakan Pegawai & Staf BPDI Tahun 2025. Majlis ini berlangsung dalam suasana meriah bertempat di Kelab Shah Alam Selangor(KSAS Clubhouse), Seksyen 13, Shah Alam.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sarapan pagi bersama, di mana warga BPDI beramah mesra, berbual santai dan menikmati hidangan yang disediakan.


Ucapan  Selamat Maju Jaya & Terima Kasih

Majlis ini juga menjadi platform untuk BPDI merakamkan penghargaan kepada pegawai dan staf yang bertukar keluar atas sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BPDI:

  • Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin
    Pembantu Pustakawan Kanan
    Kini bertugas di Unit Perhubungan Pelanggan & Perkhidmatan Koleksi, Perpustakaan Undang-Undang

  • Encik Asraf Zamani bin Hazim
    Pustakawan
    Kini bertugas di Seksyen Perangkaan & Pengurusan Data, Unit Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)


    

Semoga pengalaman dan kenangan sepanjang berada di BPDI menjadi satu kenangan manis serta bekalan berharga dalam meneruskan kerjaya di tempat baharu.


Selamat Datang & Tahniah kepada Lantikan Baharu BPDI

BPDI turut mengalu-alukan kehadiran tiga lantikan baharu yang kini menyertai kami:

  • Encik Mohamad Amarfarhan Bin Aminuddin, Pustakawan

  • Cik Nurul Atika Binti Harud Din, Pustakawan

  • Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad, Pembantu Pustakawan


Selain itu, Encik Muhammad Farid Zulhilmi Bin Zulkafli, Pembantu Pustakawan, turut menyertai BPDI sebagai warganya.



Penyampaian Cenderahati Istimewa

Di kesempatan ini juga, warga BPDI menyampaikan cenderahati kepada Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad sempena bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Januari akan datang, sebagai tanda ingatan dan doa daripada kami semua.

 

Jamuan ini bukan sekadar majlis makan bersama, tetapi menjadi ruang untuk menghargai jasa, meraikan perubahan dan mengeratkan hubungan sesama warga BPDI

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan BPDI terus melangkah maju sebagai satu bahagian yang positif dan dinamik dalam struktur organisasi PTAR dan UiTM.



Sumber Gambar : Ehsan Warga Kerja BPDI

Friday, October 24, 2025

Ucapan Terima Kasih & Selamat Maju Jaya Buat Cik Nur Aliah Izyany binti Jufri

Dengan penuh penghargaan, pihak Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat maju jaya kepada Cik Nur Aliah Izyany binti Jufri atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan di Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM dari 17 September 2025 hingga 22 Oktober 2025.

Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM menjadi bekalan berharga dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan akan datang.

Ikhlas daripada:

Ketua Pustakawan UiTM

dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM

#uitm 

#uitmshahalam 

#uitmdihatiku 

#perpustakaanuitm 

#pembudayaanilmumembentukadiwangsa


Sumber @ Official Facebook Page : Perpustakaan UiTM

Thursday, June 12, 2025

Majlis Perpisahan Staf Bertukar Tempat Bertugas dan Sambutan Kedatangan Staf Baru Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

12 Jun 2025 (Khamis), Bahagian Perpustakaan Digital telah mengadakan majlis jamuan perpisahan serta meraikan staf baru di Kelab Shah Alam, Selangor. Program bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan tema pakaian batik.

Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta menghargai jasa staf lama yang bertukar, sekaligus menyambut kehadiran staf baru dalam suasana profesional dan mesra.

Aturcara Majlis:

  • 8.00 pagi: Ketibaan staf BPDI dan staf yang diraikan

  • 8.30 pagi: Ucapan aluan Pengarah

  • 8.40 pagi: Bacaan doa dan santapan berterusan

  • 9.00 pagi: Ucapan staf yang bertukar

  • 9.20 pagi: Penyampaian cenderamata

  • 9.30 pagi: Cabutan pertukaran hadiah

  • 9.50 pagi: Sesi bergambar

  • 10.00 pagi: Bersurai

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 24 staf Bahagian Perpustakaan Digital dan telah berjalan dengan lancar serta penuh bermakna. 

Suasana majlis dipenuhi dengan kegembiraan dan keakraban, mencerminkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan warga kerja BPDI. 

Kehadiran semua staf bukan sahaja memeriahkan majlis, malah turut mengukuhkan ikatan kerjasama serta meningkatkan motivasi dalam menjalankan tugas di bahagian ini.





















Thursday, April 10, 2025

Majlis Perpisahan Encik Arshad Bin Bujang oleh Warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)




Pada 10 April 2025, bertempat di Sahara Tent Restaurant, Plaza Shah Alam, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan majlis perpisahan untuk memberi peluang kepada staf BPDI meraikan Encik Arshad Bin Bujang yang telah dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke bahagian baharu. Di kesempatan ini, warga kerja BPDI mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di BPDI

Kenaikan Pangkat – Penghargaan Terhadap Dedikasi

Kenaikan pangkat Encik Arshad adalah bukti kepada kerja keras, kesungguhan, dan komitmen beliau yang tidak pernah luntur. Beliau telah memberikan sumbangan yang amat berharga kepada BPDI, Jabatan Perpustakaan, serta UiTM secara keseluruhan. Kami yakin, dengan pengalaman dan kepakaran beliau, Encik Arshad akan terus berjaya dalam peranan baharu yang bakal ditempuhi.

Perpisahan – Kenangan Sepanjang Perkhidmatan

Walaupun berat hati untuk berpisah, kami semua memahami bahawa langkah ini adalah keputusan terbaik untuk perkembangan kerjaya Encik Arshad. Kenangan manis sepanjang beliau berkhidmat bersama kami akan sentiasa tersemat di dalam ingatan dan hati kami.

Cenderamata - Pemberian Dari Warga Kerja BPDI

Sebagai kenang-kenangan, pemberian cenderamata telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah BPDI, Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, kepada Encik Arshad.

Ucapan Terima Kasih dan Doa

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Arshad Bin Bujang atas segala usaha, dedikasi, dan semangat yang telah ditunjukkan. Semoga segala urusan dalam peranan dan bahagian baharu beliau dipermudahkan, dan kejayaan sentiasa menyertai langkah beliau.

Selamat Maju Jaya, Encik Arshad!


Disertakan Gambar Sekitar Majlis Tersebut Berlangsung : 









Saturday, December 21, 2024

Majlis Akhir Tahun, Penghargaan dan Perpisahan Sempena Pertukaran Staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Majlis Perpisahan Staf BPDI: Penghargaan Kepada Tc.Encik Mohd Amin Bin Hassan

Pada 20 Disember 2024, satu majlis penghargaan dan perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), iaitu Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, serta seluruh warga kerja BPDI.

Sepanjang perkhidmatannya, Tc. Encik Mohd Amin telah memberikan impak besar dalam pengurusan dan pembangunan, terutamanya dalam bidang teknikal perpustakaan digital. Beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem perpustakaan digital berjalan lancar dan memudahkan akses maklumat kepada pengguna.

Dalam ucapan Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, beliau menyatakan penghargaan terhadap segala usaha yang telah dicurahkan oleh Encik Mohd Amin dalam menjayakan pelbagai program dan kerja di BPDI. Beliau mengucapkan terima kasih dan berharap Encik Mohd Amin akan terus berjaya di tempat baharu.

Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, turut menyampaikan penghargaan atas sumbangan, dedikasi, komitmen, serta kepakaran Encik Mohd Amin dalam menyampaikan perkhidmatan perpustakaan digital. Beliau mendoakan kejayaan berterusan untuk Encik Mohd Amin di tempat baharu.

Seluruh warga BPDI turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Tc. Encik Mohd Amin. Kami amat menghargai kerjasama dan usaha yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di BPDI.

Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan, dalam ucapan beliau, menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak BPDI atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perkhidmatannya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata perpisahan oleh Ketua Pustakawan dan pihak pengurusan BPDI kepada Tc. Encik Mohd Amin sebagai tanda penghargaan.

Mengakhiri majlis, para tetamu dan warga kerja BPDI telah disajikan dengan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

Kami, warga kerja BPDI, mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Encik Mohd Amin Bin Hassan dan berharap kejayaannya berterusan di masa hadapan.