Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label majlis pertukaran. Show all posts
Showing posts with label majlis pertukaran. Show all posts

Friday, December 19, 2025

Jamuan Majlis Perpisahan Bagi Staf Yang Bertukar serta Meraikan Warga Baharu BPDI 2025


Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Baharu BPDI 2025

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan Jamuan Majlis Perpisahan dan Meraikan Warga Baharu bersempena Pergerakan Pegawai & Staf BPDI Tahun 2025. Majlis ini berlangsung dalam suasana meriah bertempat di Kelab Shah Alam Selangor(KSAS Clubhouse), Seksyen 13, Shah Alam.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sarapan pagi bersama, di mana warga BPDI beramah mesra, berbual santai dan menikmati hidangan yang disediakan.


Ucapan  Selamat Maju Jaya & Terima Kasih

Majlis ini juga menjadi platform untuk BPDI merakamkan penghargaan kepada pegawai dan staf yang bertukar keluar atas sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BPDI:

  • Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin
    Pembantu Pustakawan Kanan
    Kini bertugas di Unit Perhubungan Pelanggan & Perkhidmatan Koleksi, Perpustakaan Undang-Undang

  • Encik Asraf Zamani bin Hazim
    Pustakawan
    Kini bertugas di Seksyen Perangkaan & Pengurusan Data, Unit Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)


    

Semoga pengalaman dan kenangan sepanjang berada di BPDI menjadi satu kenangan manis serta bekalan berharga dalam meneruskan kerjaya di tempat baharu.


Selamat Datang & Tahniah kepada Lantikan Baharu BPDI

BPDI turut mengalu-alukan kehadiran tiga lantikan baharu yang kini menyertai kami:

  • Encik Mohamad Amarfarhan Bin Aminuddin, Pustakawan

  • Cik Nurul Atika Binti Harud Din, Pustakawan

  • Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad, Pembantu Pustakawan


Selain itu, Encik Muhammad Farid Zulhilmi Bin Zulkafli, Pembantu Pustakawan, turut menyertai BPDI sebagai warganya.



Penyampaian Cenderahati Istimewa

Di kesempatan ini juga, warga BPDI menyampaikan cenderahati kepada Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad sempena bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Januari akan datang, sebagai tanda ingatan dan doa daripada kami semua.

 

Jamuan ini bukan sekadar majlis makan bersama, tetapi menjadi ruang untuk menghargai jasa, meraikan perubahan dan mengeratkan hubungan sesama warga BPDI

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan BPDI terus melangkah maju sebagai satu bahagian yang positif dan dinamik dalam struktur organisasi PTAR dan UiTM.



Sumber Gambar : Ehsan Warga Kerja BPDI

Thursday, September 25, 2025

Majlis Jamuan Makan & Majlis Perpisahan Dr. Hajah Adlina Abdullah


23 September 2025

Selepas berakhirnya Mesyuarat Jabatan, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpindahan Dr. Hajah Adlina Abdullah ke Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), PTAR UiTM, dengan pelantikan baharu sebagai Pengarah Bahagian berikutan kenaikan pangkat beliau ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos yang lalu.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dipandu oleh Encik Asraf Zamani bin Hazim, Pegawai dari Unit Pengurusan Portal dan Laman Web Perpustakaan, selaku pengacara majlis mewakili warga BPDI.

Beliau menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen dan kepimpinan cemerlang Dr. Hajah Adlina sepanjang tempoh berkhidmat di BPDI. Para warga BPDI yang hadir juga berpeluang menzahirkan ucapan penghargaan masing-masing, sambil meraikan perjalanan baharu beliau yang kini menggalas tanggungjawab lebih besar.

Majlis diserikan dengan jamuan makan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra. Para warga BPDI berpeluang berkongsi detik-detik terakhir bersama beliau di BPDI sambil mengimbau kenangan dan pengalaman yang telah dilalui bersama.

Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, Pengarah BPDI, kepada Dr. Hajah Adlina sebagai simbolik ucapan terima kasih atas segala jasa dan dedikasi beliau. Kenangan ini turut diabadikan melalui sesi bergambar kenang-kenangan, yang pasti akan menjadi memori berharga buat semua warga BPDI.

Tahniah & Selamat Maju Jaya, Dr. Hajah Adlina Abdullah

Disertakan Gambar Sekitar Majlis Berlangsung :














Sumber Foto : Warga BPDI

Tuesday, May 23, 2023

Majlis Perpisahan dan Terima Kasih Tuan Haji Ahmad Faizar dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya


    Pada 18 Mei 2023 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu majlis meraikan kenaikkan pangkat dan pertukaran tempat bertugas. Staf yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48) dan akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang pada 22 Mei 2023. Manakala Cik Ummi Halimatunssaadiyya pula bertukar Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan.


    Juga telah diadakan sesi Serahan Tugas oleh Tn. Haji Ahmad Faizar kepada Encik Mohd. Izwan B. Salim bersaksikan Ketua Jabatan Encik Ahamad Zuber pada hari terakhir beliau di JPDg iaitu pada 19 Mei 2023. Encik Mohd, Izwan B. Salim akan mula bertugas pada 1 Jun 2023.


Gambar disekitar majlis:


Monday, August 29, 2022

Majlis Perpisahan Staf JPDg Yang Bertukar Jabatan

Pada 26/8/2022 bersamaan dengan hari Jumaat, telah diadakan satu majlis perpisahan staf JPDg yang akan bertukar ke jabatan lain. Staf yang terlibat dengan bertukaran ialah Ketua Jabatan Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan dan En. Mohd. Izwan Salim. Majlis diadakan di Campus Bean, UiTM bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.



Majlis telah dimulai dengan bacaaan doa oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd. Izwan Salim yang mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang memberi sokongan kepada beliau dan memohon maa jika terdapat kesilapan dari beliau. Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan selaku Ketua Jabatan mengambil peluang memberi sedikit harapan beliau terhadap jabatan. Beliau juga memberi penerangan tentang hala tuju PTAR dalam pengurusan tertinggi yang baharu.


Penyerahan cenderahati kemudiannya telah dibuat dan Tuan Hj. Ahmad Faizar mewakili semua staf JPD untuk penyerahan tersebut.


Majlis diakhiri dengan makan tengahari dan bergambar kenang-kenangan bersama seluruh staf JPDg yang hadir.