Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Tuesday, June 28, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perpustakaan Digital UiTM SeMalaysia Bil. 1/2022

 

Tarikh28 Jun 2022, Selasa
Masa9.00 pagi – 5.00 petang
TempatBilik Mesyuarat Utama
Mesyuarat ini merupakan sesi pertama untuk program 2 hari yang dianjur oleh pihak JPD. Para peserta merupakan para pegawai yang bertanggungjawab secara teknikal untuk web Perpustakaan UiTM negeri.

      
Gambar disekitar mesyuarat:

 
 
 
 

 

Wednesday, June 22, 2022

Talk Open Science: Opportunities and Challenges for Librarians

 

Pada 22 Jun 2022 bersamaan dengan hari Rabu telah diadakan satu Talk bertajuk Open Science : Opportunities and Challenges for Librarians yang disampaikan oleh Dr. Yanti Idaya, Pensyarah Kanan Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya. Program telah mengunakan Webex Meeting sebagai platform dan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
 
Gambar disekitar program:
 


Tahniah Staf Jabatan Perpustakaan Digital PTAR UiTM - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021

 


Alhamdulillah dan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PTAR bagi staf Jabatan Perpustakaan Digital. Terdapat tiga(3) orang staf JPD yang menerima anugerah APC bagi tahun 2021 iaitu :

1. Ts. Hj. Azizi bin Hj Jantan (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
2. Pn Rizana bt Mohd Radwan (Pustakawan Kanan)
3. Pn Nur Fatin Nadia bt. Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)

Penyerahan surat penerima anugerah APC ini telah disampaikan oleh En Jamalludin Hj Sulaiman Ketua Timbalan Pustakawan. Semoga penganugerahan ini akan memberikan suntikan semangat supaya dapat meningkatkan lagi tahap kecemerlangan Perpustakaan UiTM

Friday, June 17, 2022

Digital Library Chit Chat Series 5: Aplikasi Digital Cloud Office

 

Pada 23 Jun 2022, telah diadakan siri Chit Chat yang ke 5 dengan membawa tajuk Aplikasi Digital Cloud Office. Platform YouTube Channel Perpustakaan UiTM telah digunakan sebagai medium pada kali ini. Siri bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Penceramah yang dijemput pada kali ini ialah Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang. Beliau merupakan penerima Anugerah Akademik Universiti (AAU 2020) dan Anugerah Pengajaran (Teknologi). Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar merupakan moderator untuk siri ini. 

 
Gambar dibelakang tabir:




Wednesday, June 15, 2022

Digital Library Chit Chat Series 4: eSPORTS

 

Digital Library Chit Chat Siries ke 4 pada kali ini membawa tajuk eSports. Program telah diadakan pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat bermula jam 9.00 sehingga 10.30 pagi. Platform YouTube Perpustakaan UiTM telah digunakan. Penceramah pada kali ini ialah Encik Muhammad Nufail Akram bin Mat Nasir, Jawatankuasa MYTA eSports Tournament 3.0 dan moderator  ialah Tn. Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.   

 

 
 

Program pada kali ini merupakan salah satu program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK 13-19 Jun 2022. Program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang dijadualkan berlangsung sepanjang 13 Jun - 19 Jun 2022. Tujuan program adalah untuk mempromosikan ruang santai dan eSports peranti serta konsol permainan elektronik (PS4) di samping menarik warga universiti berkunjung ke perpustakaan. Objektif PTAR ESPORT CHALLANGE WEEK adalah:

i. Memberi pengalaman awal kepada PTAR untuk menyediakan platform eSport 

ii. Meningkatkan ketampakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

iii. Mengadakan kaloborasi antara PTAR, Komunity Kampus seperti Kelab Pelajar MYTA dan Fakulti

Gambar disekitar program Digital Library Chit Chat Siries ke 4:

 
 
 
 
 
 
 

Perbincangan Awal Mengenai Penambahbaikan Sistem eAduan Korporat PTAR

 

Pada tarikh 14 Jun 2022 hari Selasa, telah diadakan perbincangan awal mengenai pembangunan sistem eAduan PTAR. Perbincangan telah diadakan di bilik mesyuarat JPD pada jam 3.00 petang bagi membincangkan penerbitan sistem baru eAduan PTAR. Perbincangan ini diantara wakil Jabatan Perpustakaan Digital dan Jabatan Perkhidmatan Pelanggan dihadiri oleh Puan Wan Izzatul Fahrah, Encik Mohd Faizal, Puan Rapeah, Encik Norhazlan dan Encik Mohd Alfarabie. 

Tuesday, June 14, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman JPD PTAR Bil.3/2022

 

Pada hari Isnin, 13 Jun 2022 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman, PTAR UiTM Shah Alam Bil.3/2022. Bertempat di Bilik Seminar PTAR dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pengurusan Bahan Repostori UiTM dan membincangkan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM bagi Jan - Mei 2022.   

 
 

Gambar disekitar mesyuarat:

Monday, June 13, 2022

Mesyuarat Kolaborasi PTAR bersama Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)

 

Mesyuarat kolaborasi PTAR bersama Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 13/6/2022 dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di bilik mesyuarat utama PTAR.