Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, October 19, 2022

Hari Bertemu Pelanggan bersama Persatuan/Kelab Pelajar UiTM Shah Alam

 

Pihak JPDg telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP) bersama-sama untuk menyertai Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM Shah Alam sebagai wakil PTAR. Majlis telah diadakan pada 17 - 18 Oktober 2022 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Mawar Qaseh. Majlis bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Pada hari pertama, telah diadakan sesi bual bicara dimana wakil JPDg iaitu Tuan Hj. Ahmad Faizar telah membawakan tajuk MYKM dan Puan Siti Salwa yang merupakan wakil JPP telah membawakan tajuk perkhidmatan PTAR.


Pada hari kedua, pihak JPDg telah diwakili oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan En. Erry Ezzani untuk bertugas di booth PTAR. Selain itu juga, pihak JPDg telah membawa VR set sebagai salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTAR. Selain itu juga, tujuan VR dibawa adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar dan pengguna PTAR untuk mencuba set VR tersebut serta memberikan informasi terkini berkenaan VR dalam pembelajaran.


Seramai 110 pengunjung booth PTAR telah berpeluang merasai dan mencuba set VR pada hari ke 2.


Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor HEP UiTM pada jam 4.00 petang. YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi juga telah meluangkan masa untuk melawat setiap booth dimajlis dan tidak ketinggalan juga booth PTAR. Beliau telah diberikan sedikit penerangan berkenaan ARVR selain mencuba sendiri set VR.



Gambar disekitar majlis:

 
 Video disekitar majlis:


 
 
Sebahagian gambar dan video diambil dari https://t.me/s/hepuitmshahalam dan https://vt.tiktok.com/ZSRp99Bh6/

Tuesday, October 18, 2022

Mesyuarat Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil. 2/2022

 

Telah diadakan satu Mesyuarat Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil. 2/2022. Butiran mesyuarat seperti dibawah:

                    Tarikh: 17 Oktober 2022 (Isnin)
                    Masa: 9.30 pagi
                    Tempat: Platform Atas Talian (Google Meet)
                    Peserta: Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P), PUiTM


Friday, October 14, 2022

Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.10/2022


Satu Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.10/2022 telah diadakan pada ketetapan berikut:

                            * Tarikh        : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
                            * Masa         : 9.00 pagi
                            * Tempat : Bilik Perbincangan JPDg

     

Perbincangan Laman Web Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) UiTM


Telah diadakan satu sesi Perbincangan Laman Web Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM. JPDg telah diwakili oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan Pn. Hasnatul Sabarina, manakala pihak BHEI diketuai oleh Ustaz Mohd. Afiz Hasan.

Sesi perbincangan ini telah diadakan pada 13 Oct 2022 pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Perbincangan Jabatan Perpustakaan Digital  (JPDg) , PTAR Utama.


Objektif utama sesi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran dan bimbingan pihak JPDg bagi membantu dalam proses menambahbaikan dan mengemaskini laman web BHEI.


Thursday, October 13, 2022

Sesi Perkongsian Pengurusan dan Pembangunan Kursus / Modul Micro-Credentials


Telah diadakan satu sesi Perkongsian Pengurusan dan Pembangunan Kursus / Modul Micro-Credentials diantara pihak PTAR dan iCEPS. Butiran sesi perkongsian seperti berikut:

                                Tarikh    : 12 Oktober 2022 (Rabu)
                                Masa     : 09.00 pagi – 12.30 tengahari
                                Tempat   : Bilik Seminar, PTAR, UiTM Shah Alam

Wednesday, October 5, 2022

Audit Dalam Bil.2/2022


Pihak pengurusan PTAR telah mengadakan Audit Dalam Bil.2/2022, bermula dari 27 Sept – 4 Oct 2022. Pihak JPDg juga telah diaudit pada masa ini. Ketua auditor untuk JPDg diketuai oleh En. Mohd. Anuar dan di bantu oleh Pn. Hanani, En. Khairul Idzwan dan Pn. Ili Kaiyisah. Sepanjang sesi audit, staf JPDg telah ditemu ramah oleh auditor. Mesyuarat penutup audit untuk JPDg telah diadakan pada 4 Oct 2022 pada jam 3.30 petang bagi membentangkan penemuan audit yang telah dibuat. Alhamdulillah pihak JPDg telah mendapat audit bersih.


 

 

Thursday, September 29, 2022

Latihan Hands On Sistem Pengurusan Dokumen-Projek Inovasi, Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)

 
Telah diadakan satu sesi latihan seperti berikut:

Nama : Latihan Hands On Sistem Pengurusan Dokumen-Projek Inovasi, Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)
Tarikh: 28 September 2022 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat:
Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Penceramah: Tuan Haji Ahmad Faizar B. Jaafar
                     Encik Mohd Izwan B. Salim

Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk mendedahan kepada peserta kaedah pengendalian dan penggunaan secara hands on bagi operasi Sistem Pengurusan Dokumen yang telah dibangunkan dengan kerjasama BKRP dan UiTM.


Para penceramah juga telah menerima cenderahati dari pihak BKRP sebagai tanda penghargaan.


Gambar disekitar latihan:

   

Majlis Menandatangani Surat Hasrat BKRP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PTAR, UiTM

 

28 September 2022 (Rabu) – Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kerana pada hari ini, satu majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 4, Blok E3, Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Dalam majlis ini, wakil pengurusan dari PTAR terdiri daripada Ketua Pustakawan UiTM iaitu Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Manakala, wakil dari BKRP pula dihadiri oleh Encik Yusri bin Yusof, Ketua Seksyen Penguatkuasaan yang mewakili pengarah BKRP serta barisan ketua-ketua seksyen di KKM bagi menyaksikan majlis yang bersejarah ini.


Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa bagi melancarkan majlis dan saudari pengerusi majlis dan mengalu-alukan kedatangan pihak BKRP dan PTAR dalam majlis tersebut. Seterusnya, majlis menjemput Encik Yusri bin Yusof bagi memberikan ucapan dan antara intipati ucapan tersebut, beliau berterima kasih di atas perkongian kepakaran dan amalan terbaik dalam pembangunan dan pengetahuan digital serta pengurusan dokumen di PTAR semasa mengadakan lawatan kerja ke perpustakaan sebanyak 2 kali pada tahun 2019 dan 2022. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pustakawan Kanan, Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Encik Mohd Izwan bin Salim yang telah memberikan taklimat dan hands-on di sebelah pagi mengenai sistem yang digunapakai bagi pengurusan dan penyimpanan dokumen dan rekod dalam bentuk digital yang mana, ia merupakan projek inovasi BKRP.


Selesai ucapan dari Encik Yusri bin Yusof, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman. Antara ucapan beliau adalah mengenai perpustakaan yang amat mengalu-alukan jalinan kerjasama seperti ini sama ada di dalam dan di luar negara kerana PTAR perlu seiiring dengan misi dan visi universiti di mana ingin menjadikan Universiti Teknologi MARA bertaraf dunia menjelang tahun 2025. Ketampakan atau visibility memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Di samping itu, beliau juga berkongsi kejayaan inovasi PTAR yang telah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa serta pencapaian Jabatan Arkib Universiti, UiTM terutama dalam penyimpanan dan pengurusan dokumen dan rekod penting serta pembangunan sistem dengan menggunakan kepakaran dalaman.

Selesai kedua-dua ucapan tersebut, tetamu dipertontonkan dengan montaj yang telah disediakan oleh BKRP dengan memaparkan gambar-gambar lawatan penandaarasan ke PTAR serta sistem yang digunapakai bagi tujuan pengurusan rekod dan dokumen yang lebih sistematik.

Selepas itu, acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara menandatangani surat hasrat yang telah disaksikan kira-kira 20 orang hadirin yang hadir dari pihak BKRP dan PTAR. Surat hasrat yang ditandatangani bertujuan menjalin kerjasama strategik melalui:
  1. Projek pembangunan Pusat Pengurusan Pengetahuan Digital (Digital Knowledge Centre);
  2. Perkongsian pintar dalam pengurusan inovasi
  3. Projek pembangunan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib

Sesi bergambar dan bertukar cenderamata juga diadakan sebagai tanda penghargaan dari kedua-dua pihak serta disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai di luar bilik mesyuarat sebagai kenangan.
Diharap agar jalinan kerjasama ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai objektif yang disasarkan serta memberi pelbagai impak yang positif bagi menyokong program transformasi digital.

Majlis ini tamat pada jam 4.40 petang dan diakhiri dengan jamuan minum petang yang telah disediakan oleh BKRP.

 
 Video disekitar majlis:



Petikan diambil dari https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2022/09/majlis-menandatangani-surat-hasrat.html