Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Tuesday, May 23, 2023

Majlis Perpisahan dan Terima Kasih Tuan Haji Ahmad Faizar dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya


    Pada 18 Mei 2023 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu majlis meraikan kenaikkan pangkat dan pertukaran tempat bertugas. Staf yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48) dan akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang pada 22 Mei 2023. Manakala Cik Ummi Halimatunssaadiyya pula bertukar Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan.


    Juga telah diadakan sesi Serahan Tugas oleh Tn. Haji Ahmad Faizar kepada Encik Mohd. Izwan B. Salim bersaksikan Ketua Jabatan Encik Ahamad Zuber pada hari terakhir beliau di JPDg iaitu pada 19 Mei 2023. Encik Mohd, Izwan B. Salim akan mula bertugas pada 1 Jun 2023.


Gambar disekitar majlis:


Monday, May 15, 2023

Majlis Sanjungan Budi Ketua Pustakawan UiTM Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTAR 2023/1444H | 12 Mei 2023


    Telah diadakan Majlis Sanjungan Budi Ketua Pustakawan UiTM bagi meraikan persaraan YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang bersara wajib bermula 15 Mei 2023. Majlis diadakan pada 12 Mei 2023 bersamaan hari Jumaat jam 3.00 petang. Mantan Ketua Pustakawan telah berkhidmat selama 36 tahun di UiTM, dan pihak PTAR amat berbesar hati kerana majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor yang telah sudi meluangkan masa dalam majlis ini. Majlis ini juga telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTAR yang dijayakan oleh semua staf PTAR.

    Pihak JPDg telah diwakili oleh Ketua Jabatan Encik Ahamad Zuber B. Mohamed sebagai wakil memberikan cenderahati Jabatan kepada Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman.


    Untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTAR 2023, pihak JPDg telah menyediakan menu`Garlic Bread' dan`Mushroom Soup'. Istimewa pada jamuan kali ini ialah penyediaan juadah didalam bungkusan dan tidak dihidang kepada para tetamu.


Gambar disekitar majlis:

Wednesday, May 10, 2023

Tahniah Tuan Haji Ahmad Faizar di atas Kenaikkan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan


 Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48). Beliau akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang bermula dari 22 Mei 2023. Selamat maju jaya dari kami semua di Jabatan Perpustakaan Digital.

Friday, April 21, 2023

Jom Gunakan Duit Raya Digital!

Jom Gunakan Duit Raya Digital !

 TIPS: Cara bagi Duit Raya Digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet

Semasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak. 

Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru perlu ditukar di bank.

Sempena Kempen Hijaukan Alam Sekitar, Bank Negara Malaysia menggalakkan orang ramai menggunakan wang kertas baharu atau lama sebagai pemberian duit raya penuh bererti.

Tak dapat tukar duit baru untuk Raya?

Jangan risau Guna e-Duit raya digital 

Tapi, dengan adanya pelbagai aplikasi perbankan dan e-wallet pada masa kini, anda boleh memberi duit raya secara tanpa tunai dengan lebih mudah dan cepat. Di sini, saya akan kongsikan cara untuk memberi duit raya secara digital.

Hantar e-Duit dengan mudah melalui telefon pintar pada Aidilfitri ini. 

Baca lebih lanjut di sini: bnm.gov.my/LT22F6

Selamat, Senang, Segera. 

Tip: Sentiasa semak sebelum sahkan transaksi anda! 

1. Menggunakan nombor akaun bank

Kebanyakan aplikasi bank sememangnya boleh digunakan untuk membuat pemindahan duit. Oleh itu, jika penerima tidak mempunyai nombor telefon dan kod QR DuitNow, anda boleh menggunakan cara pemindahan duit untuk memberi duit raya dengan menggunakan nombor akaun bank.


2. Melalui DuitNow – Nombor telefon

Dengan DuitNow, duit raya boleh diberi dengan hanya menggunakan nombor telefon. Ciri ini boleh didapati di aplikasi perbankan di Malaysia seperti MAE, CIMB Clicks, HLB Connect dan RHB. Namun, beberapa aplikasi perbankan ada menawarkan ciri e-Duit Raya yang membolehkan anda terus memberi duit raya menggunakan nombor telefon, pada masa yang sama mengirimkan ucapan raya kepada penerima. Untuk melakukannya, di sini saya tunjukkan cara bagaimana ia berfungsi di aplikasi MAE.

Buka aplikasi MAE

Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya

Kemudian tekan ‘Send via Transfer’

Pilih kenalan anda

Masukkan jumlah duit raya

Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan

Tekan ‘Send Now’

Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.


3. Melalui DuitNow – Kod QR

Selain nombor telefon, duit raya juga boleh diberi melalui kod QR DuitNow. Ciri ini boleh didapati di kebanyakan aplikasi perbankan di Malaysia. Caranya juga lebih mudah berbanding menggunakan nombor telefon, anda hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow kemudian masukkan jumlah, dan selesai. Sebagai contoh, saya tunjuk caranya di aplikasi AmOnline.

Buka aplikasi AmOnline

Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri

Pilih ‘Scan QR’

Imbas kod QR

Masukkan jumlah duit raya

Pilih reka bentuk dan tinggalkan ucapan

Kemudian tekan ‘Confirm & Pay’

Bagi mereka yang nak menerima duit raya menggunakan kod QR, anda boleh simpan gambar kod QR atau kongsi kepada pemberi melalui WhatsApp. Berikut adalah cara untuk menyimpan dan kongsikan kod QR di AmOnline.

Buka aplikasi AmOnline

Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri

Pilih ‘Show My QR’

Tekan ‘Share’ di bahagian bawah

Kemudian anda nampak pilihan simpan gambar atau kongsi di WhatsApp


4. E-Wallet

Bagi yang tidak mahu menggunakan aplikasi perbankan untuk memberi duit raya, anda juga boleh memberi duit raya melalui aplikasi e-wallet. Tapi, penerima perlu menggunakan aplikasi yang sama seperti pemberi bagi membolehkan transaksi berlaku. Menerusi e-wallet juga, duit raya boleh diberi sama ada menggunakan nombor telefon atau kod QR.

Untuk memberi duit raya menggunakan nombor telefon di Touch n Go eWallet, caranya adalah seperti berikut:

Buka aplikasi Touch n Go eWallet

Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,

Pilih nombor kenalan

Masukkan jumlah duit raya

Pilih ucapan raya

Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’

Rujukan:

bnm.gov.my/LT22F6

https://www.bnm.gov.my/

https://twitter.com/BNM_official/status/1648258262326812673

https://bm.soyacincau.com/2023/04/20/tips-cara-bagi-duit-raya-digital-menggunakan-aplikasi-perbankan-dan-e-wallet/


Monday, April 17, 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri JPDg 2023

 

 Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 Di kesempatan ini kami di JPDg ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّ Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ

TaqabbalAllahu minna wa minkum

“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”

  • Ketua Bahagian dan Ketua Unit


  • Bahagian Pembelajaran Digital


  • Bahagian Aplikasi dan Sistem Perpustakaan

  • Bahagian Sistem Repostori dan Sains Terbuka


Wednesday, April 12, 2023

MOBILE LIBRARY @ KOLEJ KEDIAMAN MAWAR UiTM SHAH ALAM

 Nak pinjam buku? Nak pulangkan buku yang dipinjam? Nak akses eJournal? Nak akses eBook? Nak guna perpustakaan digital?

 Jom jumpa kami Team Mobile Library di Ruang Legar Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam pada 13 April 2023 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

 Ingin kami ke tempat anda? Hubungi Pn. Siti Salwa A. Rahman di talian 03-5544 3718 atau email siti_salwa@uitm.edu.my untuk tempah slot anda.
 

 
 Pihak JPDg telah membawa set ARVR untuk dicuba oleh para pelajar pada program kali ini.

Gambar disekitar program: