Google Analytic

Monday, August 8, 2022

Majlis Pelancaran Dokumen Dasar & Sistem Aplikasi UiTM

Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) telah mengadakan pelancaran Dokumen Dasar & Sistem Aplikasi UiTM pada 8 Ogos 2022 bertempat di Hotel UiTM Shah Alam


Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Janor. Program yang bermula jam 3.00 petang ini dihadiri oleh Ketua PTJ di UiTM. Manakala PTAR telah menghantar Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan mewakili Ketua Pustakawan UiTM dalam majlis tersebut. 

PTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Naib Canselor UiTM kerana telah memaklumkan dan mempromosikan MobileApp@UiTM Library kepada warga Universiti. Semoga aplikasi versi PWA ini akan dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan selari dengan keperluan GRU2025 UiTM.
 
Berikut adalah video Youtube Majlis Pelancaran:



YBhg. Naib Canselor mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap setiap inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan oleh PTJ UiTM termasuklah inisiatif MobileApp @ UiTM Library yang sangat membantu dalam perkhidmatan Perpustakaan.

Dokumen yang dilancarkan ini telah dimuatnaik ke Repositori Institusi Universiti (UiTM IR) bagi memudahkan rujukan warga Universiti pada pautan berikut:



0 comments:

Post a Comment