Google Analytic

Friday, August 12, 2022

Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022, Siri 1

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti. Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara serta dimantapkan dengan sistematik.

Bengkel ini dibahagikan kepada beberapa siri dan objektif utama bengkel ini ialah untuk:

  • Menstruktur semula Laman Baru 2022 Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan Cawangan 
  • Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
  • Memberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web terutama dari aspek kriteria SEO (Search Engine Optimization)

Tarikh: 10-11 Ogos 2022
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Peserta: 20 orang staf Perpustakaan Cawangan dan Fakulti/Shah Alam

Cawangan
Fakulti/Shah Alam
Pulau Pinang PTAR Utama
Perak Perpustakaan Undang-Undang
Pahang Perpustakaan Kejuruteraan
Sarawak
Perpustakaan Sains & Teknologi
Sabah Perpustakaan Alam Bina

Bengkel ini telah dimulai dengan taklimat oleh Ketua Jabatan Perpustakaan Digital iaitu Tuan Haji Ts. Azizi B. Hj. Jantan. Dalam taklimat beliau, Tuan Haji menegaskan kepentingan Perpustakaan Digital terutama laman web Perpustakaan UiTM dalam membantu UiTM mencapai GRU 2025.
Bengkel 2 hari ini telah dikemudi oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Puan Hasnatul Sabarina Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Penceramah undangan terdiri daripada:
  • Puan Siti Salwa Pustakawan Kanan dari Bahagian Pelanggan turut hadir untuk membincangkan kepentingan dan kehadiran laman web Read@UiTM
  • Encik Razak Pustakawan Kanan dari Jabatan Arkib yang mewujudkan laman web Arkib untuk setiap laman web Perpustakaan UiTM cawangan
  • Encik Mohd Izwan Salim, Pustakawan Kanan dari JPD telah memberi kan informasi berkaitan UiTM Reseacher Profile


  • Gambar para peserta Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022,  Siri 1.


0 comments:

Post a Comment