Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Thursday, November 28, 2024

Digital Library Discovery Services : Synergy and Personalised Learning Programme

Program Bersama Pelajar Pasca-Siswazah MITRANS

Pada 27 November 2024, Digital Library Discovery Services : Synergy and Personalised Learning Programme telah diadakan secara hibrid dengan 40 orang pelajar Pasca-Siswazah dari Malaysian Institute of Transport (MITRANS) di Bilik Seminar Al Maidah MITRANS. Program ini bertujuan untuk mempromosikan portal MyKM, memperkenalkan konsep pengurusan data penyelidikan (Research Data Management, RDM), serta berkongsi pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan pelajar.

Pengisian Program:

Taklimat MyKM
Pelajar diperkenalkan dengan MyKM, platform utama Perpustakaan Digital UiTM yang menyediakan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat yang penting untuk akademik dan penyelidikan. Taklimat ini menekankan fungsi MyKM dalam memudahkan pencarian maklumat, perkongsian sumber maklumat, serta akses kepada sumber yang relevan bagi keperluan akademik dan penyelidikan.

Sesi Pengurusan Data Penyelidikan (RDM)
Sesi ini memberikan pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan Research Data Management (RDM). Taklimat ini memfokuskan kepada bagaimana RDM membantu dalam pengurusan data penyelidikan, menjamin kebolehpercayaan dan integriti data, serta memudahkan perkongsian data untuk tujuan penerbitan dan kolaborasi antara penyelidik.

Perkongsian Perkhidmatan Perpustakaan
Selain daripada taklimat tentang MyKM dan RDM, pelajar juga diberi pendedahan mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan pelajar Pasca-Siswazah, termasuk sokongan dalam pencarian maklumat, pengurusan sumber, serta bantuan teknikal dalam pelbagai aspek penyelidikan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh dua penceramah dari Perpustakaan UiTM, iaitu Dr. Hajah Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Unit Pembelajaran Digital dan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Unit Sokongan Penyelidikan. Kedua-dua pembentang telah memberikan panduan yang sangat berguna mengenai cara-cara untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dan platform yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM dalam menyokong perjalanan akademik dan penyelidikan pelajar.

Melalui program ini, diharapkan pelajar Pasca-Siswazah MITRANS dapat memanfaatkan kemudahan dan sumber yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan impak penyelidikan mereka. Sesi ini juga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kerjasama antara Perpustakaan UiTM dengan institusi pengajian tinggi lain dalam bidang pengurusan data penyelidikan dan pembelajaran digital.

 












Tuesday, November 19, 2024

Perbincangan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

 

Pada 19 November 2024, 9.45 pagi, satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Perbincangan, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.

Sesi perbincangan ini telah melibatkan beberapa orang pegawai di BPDI iaitu Dr. Hajah Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Izwan Bin Salim, Pustakawan Kanan, Puan Norhamimi Binti Othman, Pustakawan Kanan, Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan, Puan Ida Laila binti Ishak, Pustakawan, Puan Ja'amayah Binti Kosnan dan Puan Rapeah Binti Mohd Redzuan yang masing - masing merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di BPDI.

Antara agenda utama sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan perkembangan isu-isu semasa dan berbangkit di BPDI serta penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengakses sumber-sumber digital di perpustakaan.

Secara keseluruhan, sesi perbincangan ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak pengurusan dan staf BPDI dalam usaha membangunkan perkhidmatan perpustakaan digital yang lebih efisien dan relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

Ia juga memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk memahami lebih mendalam mengenai cabaran dan peluang yang wujud dalam usaha untuk memodernisasi sistem perpustakaan di UiTM.






Tuesday, November 12, 2024

12 Orang Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Merasai Pengalaman Pengunaan Peralatan VR (Virtual Reality)

 

12 Orang Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Merasai Pengalaman Pengunaan Peralatan VR (Virtual Reality)

10 November 2024, seramai 12 orang pelajar yang telah dipimpin oleh En. Mohd Nur Najmi Bin Nuji, pensyarah dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Universiti Teknologi MARA telah berpeluang merasai pengalaman menggunakan peralatan realiti maya (VR).

Pelajar-pelajar berkenaan diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan teknologi VR yang kini semakin popular dalam industri media dan komunikasi.

Bertempat di Bilik Experiential Library Space (ELS) PTAR Utama UiTM, Satu sesi taklimat ringkas penggunaan peralatan VR ini turut yang diberikan oleh En. Ak. Nasaruddin Bin Pg. Tajudin, Pembantu Pustakawan Kanan, dan En. Mohamad Fairuz Bin Abdul Rahim, Pembantu Pustakawan Dari Bahagian Perpustakaan Digital.

Pengalaman menggunakan peralatan VR memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan merasai sendiri bagaimana teknologi ini dapat digunakan dalam dunia komunikasi dan pengajian media. Ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai aplikasi VR dalam industri kreatif dan pendidikan.

Melalui program seperti ini, pelajar dapat memperkaya pengetahuan mereka tentang teknologi baru yang semakin berkembang dalam dunia komunikasi dan pengajian media.







 

 




Monday, November 11, 2024

Ucapan Tahniah Di Atas Pensijilan Trained Data Steward







Ketua Pustakawan dan warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada : 

Dr. Hjh. Adlina Abdullah

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam


Encik Syaiful Hisyam Saleh

Pustakawan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan


Puan Syarifah Hanisah Bt Syed Mokhtarruddin

Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak


Diatas pencapaian menerima pensijilan Trained Data Steward daripada Akademi Sains Malaysia.

Dengan kejayaan yang diperolehi ini, diharap tuan / puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang di dalam bidang kepakaran puan untuk perpustakaan khasnya dan UiTM amnya.

Semoga dengan pensijilan ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PTAR untuk terus berusaha dengan gigih dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

#datasteward
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Sumber : BlogPerpustakaan UiTM

 


Perbincangan Perolehan ICT Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) PTAR UiTM

Pada 7 November 2024, satu sesi perbincangan yang penting mengenai perolehan ICT telah diadakan di Bilik Perbincangan, Bahagian Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM.

Sesi ini dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Perpustakaan Digital, yang bertujuan untuk membincangkan keperluan perolehan ICT terkini bagi menyokong operasi serta pengurusan Perpustakaan Digital PTAR UiTM.

Perbincangan ini diadakan berikutan perkembangan teknologi yang semakin pesat, yang memerlukan perpustakaan digital untuk terus berada di barisan hadapan dalam menyediakan perkhidmatan yang efisien dan relevan. Dengan memperkenalkan perolehan ICT yang lebih canggih, PTAR UiTM berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada warga UiTM umumnya, termasuk pelajar, pensyarah, dan penyelidik.

Antara fokus utama dalam perbincangan tersebut adalah untuk mengenal pasti teknologi dan sistem ICT yang dapat meningkatkan kelancaran operasi serta memenuhi keperluan semasa pengguna. Dengan peningkatan sistem ICT, PTAR UiTM berupaya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas, efisien, dan relevan, sekali gus memperkukuh peranan perpustakaan digital dalam menyokong ekosistem pendidikan di UiTM. 

Secara keseluruhannya, sesi perbincangan ini menjadi platform yang penting bagi memastikan PTAR UiTM sentiasa berada di hadapan dalam memanfaatkan teknologi untuk manfaat penggunanya.





Wednesday, November 6, 2024

Announcement: Discontinuation of ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global Subscription

 

Announcement: Discontinuation of ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global Subscription

Dear UiTM Community,

Please be informed that effective 1 November 2024, UiTM will discontinue its subscription to ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global. This decision comes as part of an ongoing assessment to optimize resources and align with the evolving needs of our academic community.

We understand that PQDT Global has been a valuable resource for accessing many dissertations and theses from universities worldwide. To support continued research, we encourage users to explore alternative databases available through UiTM Libraries, such as institutional repositories, open-access sources, and other databases that provide scholarly materials.

UiTM Thesis via UiTM Institutional Repository
Download full text via MyKM Portal

Open Access Thesis via Open Access Discovery

If you have any questions or need assistance locating resources, please contact our library support team. We appreciate your understanding and are committed to providing resources that best meet your research needs.

 


Upgrading from Eikon and Datasream to LSEG Workspace



Dear UiTM Library Users,

We are excited to announce that our library is upgrading from Eikon and Datastream to LSEG Workspace. This new platform will provide you with enhanced access to financial data and analytics and offer a more integrated and efficient experience, aligning with the latest economic research tools.

Key Details:Platform: LSEG Workspace (Replacing Eikon and Datastream). Download the desktop app here or access it online.
Access Date: Starting from November 2024
Features: Comprehensive market data, analytics tools, and real-time insights—all in a user-friendly environment tailored for advanced financial research.

We encourage all users to explore LSEG Workspace and experience its improved capabilities. For more information or assistance, don't hesitate to get in touch with our library support team.

Thank you for your continued commitment to using UiTM Library resources!

Best Regards,
UiTM Library Management

































LSEG Workspace has now been added to the list of online databases in the MyKM Portal.UiTM Digital Library




Additional Resources
Upgrading from Eikon to LSEG Workspace
Download LSEG Workspace
LSEG Learning Centre (Video Tutorial)
Workspace web access

Click Here For More Details


Friday, November 1, 2024

Penempatan 6 Orang Pelajar Praktikal Di Bahagian Perpustakaan Digital,Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Pada 1 November 2024 hingga 5 November 2024, enam orang pelajar praktikal akan menjalani penempatan di Bahagian Perpustakaan Digital.Pelajar tersebut adalah Hanik Aulia Azhani, Kavina Bi'izzika, Laila Fitriatin Nur Khasanah, Nabila Nur Azizah, Nihayatul Lu'lu'in Nihlah, dan Salwa Merta Althifannida.

Penempatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam mengendalikan sumber-sumber digital serta memahami operasi perpustakaan moden.

Taklimat telah diadakan di  bilik perbincangan Bahagian Perpustakaan Digital  dan disampaikan oleh Dr. Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan.

Taklimat tersebut telah diadakan sebelum penempatan bermula bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk menghadapi tugasan yang akan datang.

Penempatan pelajar praktikal ini penting dalam memberi  peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari dan juga untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perpustakaan digital.

Dengan ini, diharapkan penempatan ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar terbabit dan juga kepada Bahagian Perpustakaan Digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.