Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Tuesday, April 29, 2025

Ucapan Tahniah Kepada Tiga Orang Pegawai Dari BPDI Yang Telah Mendapat Kenaikan Pangkat

Tahniah kepada Puan Norhamimi Othman, Encik Mohd Izwan Salim, dan Puan Rizana Mohd Radhwan!Ucapan tahniah yang tidak terhingga buat Puan Norhamimi, Encik Mohd Izwan, dan Puan Rizana atas kejayaan cemerlang mereka di Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM. Dedikasi dan usaha mereka dalam memajukan sistem perpustakaan digital di UiTM patut dicontohi. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dan pendorong untuk terus berjaya di masa hadapan. Tahniah...

Monday, April 28, 2025

Mesyuarat Bulanan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian

 28 April 2025 Hari ini, Bahagian Perpustakaan Digital mengadakan Mesyuarat Bulanan untuk membincangkan perkembangan terkini dan pembentangan laporan bulanan bagi BPDI. Antara agenda utama termasuklah pembentangan laporan KPI (Key Performance Indicator) bahagian, laporan pembangunan dan pemantauan kemajuan staf, serta hal-hal lain yang berkaitan dengan BPDI. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria,...

Friday, April 18, 2025

Tahniah Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S13

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera Tuan / Puan,Tahniah Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S13 berkuat kuasa pada 16 April 2025.Ikhlas daripada Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan UiTM.Semoga terus cemerlang dalam menerajui kecemerlangan Perpustakaan UiTM.Pautan hebahan :Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1692gkkkrz/Instagram...

Thursday, April 17, 2025

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) UiTM Sambut Peneraju Baharu, Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria

16 April 2025 Pada bulan April 2025, Bahagian Perpustakaan Digital Universiti Teknologi MARA (BPDI) menerima kehadiran peneraju baharu, Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria. Beliau menggantikan Encik Arshad bin Bujang, yang telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke bahagian lain dalam organisasi PTAR. Dengan perubahan ini, BPDI kini bersedia untuk meneruskan usaha memperkasa transformasi digital perpustakaan di UiTM di bawah kepimpinan Dr. Hajah Zalifah. Peralihan...

Monday, April 14, 2025

BPDI Podcast: PERMATA x AI

 Podcast BPDI (PERMATA x AI) Tarikh : 14 April 2025 Masa   : 10:00 - 11:00 pagi Moderator: Encik Syahrudin Hanib (Dj Din) Penerbit Rancangan Kanan Radio UFM Panel Jemputan Khas: Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTMSumber :Youtube Channel Perpustakaan U...

BPDI Podcast : PERMATA X Ai

BPDI Podcast: PERMATA X Ai Tarikh: Isnin, 14 April 2025, 10:00 - 11:00 pagi Lokasi: PTAR 1, Shah Alam Platform: Youtube Perpustakaan UiTMDeskripsi:Jom sertai podcast khas bersama Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, yang akan membincangkan tentang sistem baru PERMATA. Dalam edisi istimewa ini, kita akan melihat bagaimana kecerdasan buatan (AI) mengubah cara kita mengakses dan menggunakan maklumat. PERMATA (Perpustakaan Revolusi...

Thursday, April 10, 2025

Majlis Perpisahan Encik Arshad Bin Bujang oleh Warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Pada 10 April 2025, bertempat di Sahara Tent Restaurant, Plaza Shah Alam, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan majlis perpisahan untuk memberi peluang kepada staf BPDI meraikan Encik Arshad Bin Bujang yang telah dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke bahagian baharu. Di kesempatan ini, warga kerja BPDI mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di BPDIKenaikan Pangkat – Penghargaan...