Google Analytic

Thursday, September 25, 2025

Majlis Jamuan Makan & Majlis Perpisahan Dr. Hajah Adlina Abdullah


23 September 2025

Selepas berakhirnya Mesyuarat Jabatan, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpindahan Dr. Hajah Adlina Abdullah ke Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), PTAR UiTM, dengan pelantikan baharu sebagai Pengarah Bahagian berikutan kenaikan pangkat beliau ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos yang lalu.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dipandu oleh Encik Asraf Zamani bin Hazim, Pegawai dari Unit Pengurusan Portal dan Laman Web Perpustakaan, selaku pengacara majlis mewakili warga BPDI.

Beliau menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen dan kepimpinan cemerlang Dr. Hajah Adlina sepanjang tempoh berkhidmat di BPDI. Para warga BPDI yang hadir juga berpeluang menzahirkan ucapan penghargaan masing-masing, sambil meraikan perjalanan baharu beliau yang kini menggalas tanggungjawab lebih besar.

Majlis diserikan dengan jamuan makan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra. Para warga BPDI berpeluang berkongsi detik-detik terakhir bersama beliau di BPDI sambil mengimbau kenangan dan pengalaman yang telah dilalui bersama.

Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, Pengarah BPDI, kepada Dr. Hajah Adlina sebagai simbolik ucapan terima kasih atas segala jasa dan dedikasi beliau. Kenangan ini turut diabadikan melalui sesi bergambar kenang-kenangan, yang pasti akan menjadi memori berharga buat semua warga BPDI.

Tahniah & Selamat Maju Jaya, Dr. Hajah Adlina Abdullah

Disertakan Gambar Sekitar Majlis Berlangsung :














Sumber Foto : Warga BPDI

0 comments:

Post a Comment