Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label jamuan. Show all posts
Showing posts with label jamuan. Show all posts

Thursday, September 25, 2025

Majlis Jamuan Makan & Majlis Perpisahan Dr. Hajah Adlina Abdullah


23 September 2025

Selepas berakhirnya Mesyuarat Jabatan, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpindahan Dr. Hajah Adlina Abdullah ke Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), PTAR UiTM, dengan pelantikan baharu sebagai Pengarah Bahagian berikutan kenaikan pangkat beliau ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos yang lalu.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dipandu oleh Encik Asraf Zamani bin Hazim, Pegawai dari Unit Pengurusan Portal dan Laman Web Perpustakaan, selaku pengacara majlis mewakili warga BPDI.

Beliau menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen dan kepimpinan cemerlang Dr. Hajah Adlina sepanjang tempoh berkhidmat di BPDI. Para warga BPDI yang hadir juga berpeluang menzahirkan ucapan penghargaan masing-masing, sambil meraikan perjalanan baharu beliau yang kini menggalas tanggungjawab lebih besar.

Majlis diserikan dengan jamuan makan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra. Para warga BPDI berpeluang berkongsi detik-detik terakhir bersama beliau di BPDI sambil mengimbau kenangan dan pengalaman yang telah dilalui bersama.

Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, Pengarah BPDI, kepada Dr. Hajah Adlina sebagai simbolik ucapan terima kasih atas segala jasa dan dedikasi beliau. Kenangan ini turut diabadikan melalui sesi bergambar kenang-kenangan, yang pasti akan menjadi memori berharga buat semua warga BPDI.

Tahniah & Selamat Maju Jaya, Dr. Hajah Adlina Abdullah

Disertakan Gambar Sekitar Majlis Berlangsung :














Sumber Foto : Warga BPDI

Saturday, December 21, 2024

Majlis Akhir Tahun, Penghargaan dan Perpisahan Sempena Pertukaran Staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Majlis Perpisahan Staf BPDI: Penghargaan Kepada Tc.Encik Mohd Amin Bin Hassan

Pada 20 Disember 2024, satu majlis penghargaan dan perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), iaitu Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, serta seluruh warga kerja BPDI.

Sepanjang perkhidmatannya, Tc. Encik Mohd Amin telah memberikan impak besar dalam pengurusan dan pembangunan, terutamanya dalam bidang teknikal perpustakaan digital. Beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem perpustakaan digital berjalan lancar dan memudahkan akses maklumat kepada pengguna.

Dalam ucapan Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, beliau menyatakan penghargaan terhadap segala usaha yang telah dicurahkan oleh Encik Mohd Amin dalam menjayakan pelbagai program dan kerja di BPDI. Beliau mengucapkan terima kasih dan berharap Encik Mohd Amin akan terus berjaya di tempat baharu.

Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, turut menyampaikan penghargaan atas sumbangan, dedikasi, komitmen, serta kepakaran Encik Mohd Amin dalam menyampaikan perkhidmatan perpustakaan digital. Beliau mendoakan kejayaan berterusan untuk Encik Mohd Amin di tempat baharu.

Seluruh warga BPDI turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Tc. Encik Mohd Amin. Kami amat menghargai kerjasama dan usaha yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di BPDI.

Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan, dalam ucapan beliau, menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak BPDI atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perkhidmatannya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata perpisahan oleh Ketua Pustakawan dan pihak pengurusan BPDI kepada Tc. Encik Mohd Amin sebagai tanda penghargaan.

Mengakhiri majlis, para tetamu dan warga kerja BPDI telah disajikan dengan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

Kami, warga kerja BPDI, mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Encik Mohd Amin Bin Hassan dan berharap kejayaannya berterusan di masa hadapan.















Saturday, April 16, 2011

Jamuan JPSTM April 2011




















 




Sudah masuk empat bulan bagi tahun 2011 , dah suku tahun bekerja dan pelbagai bengkel dan aktiviti  telah dijalankan,
jika diikutkan tak habis lagi ni, baru ni ada bengkel Perncangan Strategik , Bengkel penyediaan dokumen AKNC, lepas tu AUDIT  dan seterusnya.


Oleh itu kita "take a break" dulu ye, maka satu jamuan untuk meraikan staf telah diadakan di Anggerik Terrace Coffee House , Hotel UiTM, Shah Alam, Kali ini kami meraikan staf kami En. Rusinorhelmi dan Puan Hasnatul Sabarina dimana meraka  telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing baru-baru ini.

Selain itu kami juga meraikan pelajar praktikal di JPSTM iaitu Cik Noor Sanariah dari FSKM yang tamat pada 15 April 2011 ini setelah berjaya menjalani pratikal disini selama lebih kurang 4 bulan bermula dari 3 Jan 2011 yang lalu. Kami juga mengucapkan terimakasih atas kerjasama dan sumbangan beliau selama berada disini.

Ketua Jabatan telah sudi menyampaikan sijil penghargaan dan sedikit cenderahati kerana pratikal disini biasalah tiada elaunkan. Semoga dengan majlis yang ringkas ini dapatlah merapatkan silaturahim kami lagi. Next time kita buat perlawanan bowling pulak , ok!