Satu mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti telah diadakan pada 1-2 September 2022, bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Mesyuarat telah diadakan bertempat di Smart Classroom CS2, Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam.
Antara objektif mesyuarat ialah:
- Mengenalpasti layout untuk keseragaman laman web universiti
- Mendapatkan input daripada setiap wakil PTJ untuk best practise laman web
- Mendapatkan persetujuan daripada pemegang taruh (penyedia maklumat) berkenaan durasi dan proses kemaskini maklumat (content) dalam laman web universiti
- Menghasilkan manual pembangunan laman web universiti bagi memastikan keseragaman di setiap laman web PTJ
- Membangunkan laman web rasmi yang seragam di peringkat PTJ
- Mengkonsolidasi hasil bengkel bagi mendapatkan maklumbalas untuk menghasilkan garis panduan laman web universiti
Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Faizar dan En. Mohd. Izwan Salim.