Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, September 12, 2022

Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.8/2022

 

Telah diadakan satu Mesyuarat Jabatan Perpustakaan Digital Bil.8/2022. Maklumat mesyuarat seperti dibawah:

Tarikh: 13/9/2022 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, PTAR

 

Monday, September 5, 2022

Mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti

Satu mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti telah diadakan pada 1-2 September 2022, bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Mesyuarat telah diadakan bertempat di Smart Classroom  CS2, Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam.

Antara objektif mesyuarat ialah:

  • Mengenalpasti layout untuk keseragaman laman web universiti 
  • Mendapatkan input daripada setiap wakil PTJ untuk best practise laman web 
  • Mendapatkan persetujuan daripada pemegang taruh (penyedia maklumat) berkenaan durasi dan proses kemaskini maklumat (content) dalam laman web universiti 
  • Menghasilkan manual pembangunan laman web universiti bagi memastikan keseragaman di setiap laman web PTJ 
  • Membangunkan laman web rasmi yang seragam di peringkat PTJ 
  • Mengkonsolidasi hasil bengkel bagi mendapatkan maklumbalas untuk menghasilkan garis panduan laman web universiti 

Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Faizar dan En. Mohd. Izwan Salim.


Thursday, September 1, 2022

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas Kepada En. Alfarabie B. Mohd. Nasir


Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada En. Alfarabie B. Mohd. Nasir (Pustakawan Kanan Gred S44) ke Jabatan Perpustakaan Digital bermula pada 1 Sep 2022.

Tulus Ikhlas daripada staf Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.
 

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas Kepada En. Ahamad Zuber B. Mohamed


Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada En. Ahamad Zuber B. Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Gred S52)  selaku Ketua Jabatan Perpustakaan Digital bermula pada 1 Sep 2022.

Tulus Ikhlas daripada staf Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.
 

Terima Kasih En. Mohd. Izwan B. Salim

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat bakti dan komitmen di Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.

Tulus Ikhlas daripada staf Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.

Terima Kasih dan Tahniah Tuan Haji Ts. Azizi Bin Jantan diatas perlantikan sebagai Ketua Timbalan Pustakawan (S54)


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat bakti dan komitmen sebagai Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR. Diucapkan juga setinggi-tinggi Tahniah Tuan Haji Ts. Azizi Bin Jantan diatas perlantikan sebagai Ketua Timbalan Pustakawan (S54). 

Tulus Ikhlas daripada staf Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.

Monday, August 29, 2022

Majlis Perpisahan Staf JPDg Yang Bertukar Jabatan

Pada 26/8/2022 bersamaan dengan hari Jumaat, telah diadakan satu majlis perpisahan staf JPDg yang akan bertukar ke jabatan lain. Staf yang terlibat dengan bertukaran ialah Ketua Jabatan Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan dan En. Mohd. Izwan Salim. Majlis diadakan di Campus Bean, UiTM bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.



Majlis telah dimulai dengan bacaaan doa oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd. Izwan Salim yang mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang memberi sokongan kepada beliau dan memohon maa jika terdapat kesilapan dari beliau. Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan selaku Ketua Jabatan mengambil peluang memberi sedikit harapan beliau terhadap jabatan. Beliau juga memberi penerangan tentang hala tuju PTAR dalam pengurusan tertinggi yang baharu.


Penyerahan cenderahati kemudiannya telah dibuat dan Tuan Hj. Ahmad Faizar mewakili semua staf JPD untuk penyerahan tersebut.


Majlis diakhiri dengan makan tengahari dan bergambar kenang-kenangan bersama seluruh staf JPDg yang hadir.

 


Friday, August 26, 2022

Selamat Ulangtahun ke-23 Pengisytiharan UiTM sebagai Universiti

Pada 26 Ogos 1999, lnstitut Teknologi MARA (ITM) telah menempa sejarah apabila diisytiharkan sebagai Universiti oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

Dengan pengisytiharan ini, ITM dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau singkatannya UiTM. Hari ini genaplah 23 tahun UiTM menjadi sebuah universiti yang banyak melakar sejarah negara. 

Semoga nama UiTM terus megah di persada dunia. 26 Ogos 1999 – 26 Ogos 2023 #UiTMDihatiKu



Audit Data Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022

Satu audit telah diadakan untuk Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022. Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Ts. Azizi Jantan, En. Mohd. Izwan Salim, Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli dan Pn. Siti Rohayu Mohamad Yusof. Audit telah dibuat di Bilik Mesyuarat Jabatan Komunikasi Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Tarikh audit adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis), bermula pada jam 10.00 pagi. 

Thursday, August 25, 2022

Taklimat Sistem Aduan Korporat

Telah diadakan satu taklimat mengenai Sistem Aduan Korporat PTAR pada 24 Ogos 2022, jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh Pn. Wan Izzatul Fahrah dan Mohd. Faizal dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Komunikasi Korporat.

Taklimat Sistem Repositori PTAR

 

Satu taklimat mengenai Sistem Repositori PTAR telah diadakan pada 24 Ogos 2022 pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh En. Mohd. Izwan Salim dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Sistem Repositori.