Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, March 26, 2025

Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) Bil.3/2025


Pada 26 Mac 2025, Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) Bil.3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTAR dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan BPDI.

Agenda utama mesyuarat:

  • Kemajuan projek digitalisasi dan transformasi teknologi.

  • Peningkatan perkhidmatan pengguna di Perpustakaan Digital.

  • Perancangan projek masa hadapan untuk memperbaiki perkhidmatan.

  • Tinjauan teknologi terkini untuk memperbaiki sistem dan akses maklumat.

Mesyuarat ini memberi ruang kepada semua kakitangan untuk berkongsi idea dan merancang langkah seterusnya dalam meningkatkan perkhidmatan digital di UiTM.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Mesyuarat Tersebut Berlangsung : 













Monday, March 24, 2025

 

Pemerkasaan Staf Perpustakaan UiTM dengan Kemahiran Digital: Latihan AI dan Sistem PERMATA

24 Mac 2025 | 23 Ramadan 1446H

Di tengah-tengah dunia yang serba canggih ini, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil langkah berani untuk memastikan stafnya dilengkapi dengan kemahiran digital terkini. Melalui sesi latihan yang penuh bermakna, perpustakaan ini memberi tumpuan kepada penguasaan Sistem Perpustakaan PERMATA dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Usaha ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan kedua-dua alat ini dalam meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan perpustakaan.

Sesi latihan yang dijalankan secara fizikal dan dalam talian ini dikendalikan oleh pakar-pakar dari Bahagian Perpustakaan Digital UiTM. Antara sesi utama yang telah dijalankan termasuk:

  • Pengenalan kepada Sistem Perpustakaan PERMATA & AI oleh Puan Wan Izzatul Fahrah Binti Wan Ishak.
  • Penerangan mengenai Dashboard & Menu PERMATA oleh Puan Ida Laila Binti Ishak.
  • Penambahbaikan & Ciri-Ciri Baharu dalam PERMATA LMS oleh Encik Mohd Faizal Bin Sawardi Lukman.

Latihan ini dihadiri oleh seluruh staf Perpustakaan UiTM dengan tujuan untuk memperkukuhkan kemahiran mereka dalam mengendalikan sistem PERMATA. Dengan pengetahuan baru ini, diharapkan operasi perpustakaan akan lebih efisien dan sesuai dengan perkembangan pesat dalam era digital.

Usaha ini selaras dengan komitmen UiTM untuk menerajui inovasi digital dan memastikan perkhidmatan perpustakaan terus relevan, berdaya saing dan mudah diakses. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti akademik UiTM, sekaligus memperkuatkan ekosistem pembelajaran dan penyelidikan di universiti.

Dengan inisiatif pemerkasaan digital ini, Perpustakaan UiTM bakal menikmati masa depan yang lebih gemilang, seterusnya mewujudkan operasi yang lebih efisien dan perkhidmatan yang lebih unggul untuk pelajar, pensyarah, dan penyelidik.



























Sumber :  PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK

Wednesday, March 19, 2025

TAHNIAH KEPADA ENCIK ARSHAD BIN BUJANG ATAS KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA TIMBALAN PUSTAKAWAN GRED S14

Seluruh warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Arshad bin Bujang, Ketua Bahagian BPDI, atas kenaikan pangkat ke jawatan Ketua Timbalan Pustakawan Gred S14, berkuat kuasa 17 Mac 2025.

Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan atas kepimpinan, dedikasi, dan sumbangan besar Encik Arshad dalam memperkasa transformasi digital dan inovasi teknologi di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Sepanjang kepimpinannya, beliau telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan sistem perpustakaan digital, menggalakkan inovasi dalam pengurusan maklumat, serta membimbing warga BPDI dengan kepakaran dan profesionalisme.

Kami yakin dengan pelantikan ini, Encik Arshad akan terus menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan perpustakaan digital yang lebih inovatif dan efisien. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua dan membawa lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Arshad bin Bujang!

#Tahniah #KenaikanPangkat #BPDI #PerpustakaanTunAbdulRazak 







Saturday, December 21, 2024

Majlis Akhir Tahun, Penghargaan dan Perpisahan Sempena Pertukaran Staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Majlis Perpisahan Staf BPDI: Penghargaan Kepada Tc.Encik Mohd Amin Bin Hassan

Pada 20 Disember 2024, satu majlis penghargaan dan perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), iaitu Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, serta seluruh warga kerja BPDI.

Sepanjang perkhidmatannya, Tc. Encik Mohd Amin telah memberikan impak besar dalam pengurusan dan pembangunan, terutamanya dalam bidang teknikal perpustakaan digital. Beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem perpustakaan digital berjalan lancar dan memudahkan akses maklumat kepada pengguna.

Dalam ucapan Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, beliau menyatakan penghargaan terhadap segala usaha yang telah dicurahkan oleh Encik Mohd Amin dalam menjayakan pelbagai program dan kerja di BPDI. Beliau mengucapkan terima kasih dan berharap Encik Mohd Amin akan terus berjaya di tempat baharu.

Pengarah BPDI, Encik Arshad Bin Bujang, turut menyampaikan penghargaan atas sumbangan, dedikasi, komitmen, serta kepakaran Encik Mohd Amin dalam menyampaikan perkhidmatan perpustakaan digital. Beliau mendoakan kejayaan berterusan untuk Encik Mohd Amin di tempat baharu.

Seluruh warga BPDI turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Tc. Encik Mohd Amin. Kami amat menghargai kerjasama dan usaha yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di BPDI.

Tc. Encik Mohd Amin Bin Hassan, dalam ucapan beliau, menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak BPDI atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perkhidmatannya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata perpisahan oleh Ketua Pustakawan dan pihak pengurusan BPDI kepada Tc. Encik Mohd Amin sebagai tanda penghargaan.

Mengakhiri majlis, para tetamu dan warga kerja BPDI telah disajikan dengan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

Kami, warga kerja BPDI, mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Encik Mohd Amin Bin Hassan dan berharap kejayaannya berterusan di masa hadapan.















Thursday, December 19, 2024

Audit Dalaman Bil.2/2024 : Menilai dan Meningkatkan Prestasi Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

Pada 18 Disember 2024, satu sesi audit dalaman telah berlangsung di BPDI dan melibatkan hampir semua pegawai BPDI yang bertanggungjawab dalam pengurusan serta operasi perpustakaan digital. Mereka adalah Dr. Hajah Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan; Encik Mohd Izwan bin Salim, Pustakawan Kanan; Puan Norhamimi binti Othman, Pustakawan Kanan; Puan Rizana Binti Radhwan, Pustakawan Kanan; Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan; Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan; dan Puan Laily Hafidzun Binti Shukri, Pustakawan.

Auditor untuk sesi kali ini ialah Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin, Pustakawan Kanan yang juga merupakan Ketua Perpustakaan Sains & Teknologi. Beliau telah menemubual staf BPDI, memeriksa dokumen dan rekod berkaitan, serta menilai proses kerja yang sedang dijalankan. Seterusnya, beliau akan menilai keseluruhan prestasi dan memberikan cadangan penambahbaikan berdasarkan penemuan yang diperoleh.

Bertujuan untuk menilai keberkesanan sistem serta operasi yang dijalankan di BPDI, sesi audit ini juga memastikan bahawa semua prosedur yang digunakan di BPDI mematuhi piawaian yang ditetapkan disamping mencari ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.

Dengan pelaksanaan sesi audit ini, diharapkan BPDI dapat terus meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatannya untuk memenuhi tuntutan pengguna pada masa hadapan.















Thursday, November 28, 2024

Digital Library Discovery Services : Synergy and Personalised Learning Programme

Program Bersama Pelajar Pasca-Siswazah MITRANS

Pada 27 November 2024, Digital Library Discovery Services : Synergy and Personalised Learning Programme telah diadakan secara hibrid dengan 40 orang pelajar Pasca-Siswazah dari Malaysian Institute of Transport (MITRANS) di Bilik Seminar Al Maidah MITRANS. Program ini bertujuan untuk mempromosikan portal MyKM, memperkenalkan konsep pengurusan data penyelidikan (Research Data Management, RDM), serta berkongsi pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan pelajar.

Pengisian Program:

Taklimat MyKM
Pelajar diperkenalkan dengan MyKM, platform utama Perpustakaan Digital UiTM yang menyediakan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat yang penting untuk akademik dan penyelidikan. Taklimat ini menekankan fungsi MyKM dalam memudahkan pencarian maklumat, perkongsian sumber maklumat, serta akses kepada sumber yang relevan bagi keperluan akademik dan penyelidikan.

Sesi Pengurusan Data Penyelidikan (RDM)
Sesi ini memberikan pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan Research Data Management (RDM). Taklimat ini memfokuskan kepada bagaimana RDM membantu dalam pengurusan data penyelidikan, menjamin kebolehpercayaan dan integriti data, serta memudahkan perkongsian data untuk tujuan penerbitan dan kolaborasi antara penyelidik.

Perkongsian Perkhidmatan Perpustakaan
Selain daripada taklimat tentang MyKM dan RDM, pelajar juga diberi pendedahan mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan pelajar Pasca-Siswazah, termasuk sokongan dalam pencarian maklumat, pengurusan sumber, serta bantuan teknikal dalam pelbagai aspek penyelidikan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh dua penceramah dari Perpustakaan UiTM, iaitu Dr. Hajah Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Unit Pembelajaran Digital dan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Unit Sokongan Penyelidikan. Kedua-dua pembentang telah memberikan panduan yang sangat berguna mengenai cara-cara untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dan platform yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM dalam menyokong perjalanan akademik dan penyelidikan pelajar.

Melalui program ini, diharapkan pelajar Pasca-Siswazah MITRANS dapat memanfaatkan kemudahan dan sumber yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan impak penyelidikan mereka. Sesi ini juga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kerjasama antara Perpustakaan UiTM dengan institusi pengajian tinggi lain dalam bidang pengurusan data penyelidikan dan pembelajaran digital.

 












Tuesday, November 26, 2024

𝐏𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐓𝐀𝐑 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐢 (𝐈𝐀𝐁)


24 Jamadilawal 1446H | 26 November 2024

Kumpulan dari IAB diketuai oleh saudara Marwanul Hakim bin Mohd Noh bersama 5 orang staf Perpustakaan Aminuddin Baki Induk hadir ke rumah ilmu pagi tadi untuk melihat kepada kecemerlangan dalam pengurusan perpustakaan digital serta membina jaringan kerjasama strategik.

Banyak perkara yang dikongsi oleh pembangun sistem dan pakar perpustakaan digital diketuai oleh Pengarah Bahagian Digital Perpustakaan, Encik Arshad bin Bujang. Antaranya portal perpustakaan, UiTM Digital Library Model, MyKnowledge Management dan UiTM Institutional Repository. 

Seterusnya, kumpulan pelawat dari IAB dibawa melihat Koleksi Khas Jawi dan @Galeri Tun Abdul Razak

Lawatan penanda arasan strategik ini bukan sahaja dapat memperkasa peranan perpustakaan dalam menyokong pendidikan dan latihan, malah membantu menyemarakkan budaya kecemerlangan dalam pengurusan maklumat di peringkat lebih tinggi.

 























#uitmdihatiku

#UiTM25Tahun

#MalaysiaMadani

#perpustakaanuitm

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Sumber :  Facebook Page Perpustakaan UiTM