Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, May 27, 2022

Perasmian Repositori Minda NC UiTM

 

Majlis Perasmian Repostori Minda NC telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor , UiTM pada tarikh 25 Mei 2022 di Bangunan Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.   

Minda NC UiTM merupakan repositori yang menyimpan aspirasi, kepimpinan, pencapaian, anugerah dan pengiktirafan oleh Naib Canselor UiTM. Setiap aspirasi dan pencapaian merupakan hasil daripada perancangan strategik yang bersifat holistik bagi memartabatkan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka di dunia. Oleh itu, Repositori Minda NC UiTM menyimpan nilai sejarah pembangunan dan kecemerlangan UiTM untuk rujukan generasi akan datang. Layari: https://mindanc.uitm.edu.my/

Gambar di acara perasmian:









Friday, May 20, 2022

Kursus Pemantapanan Pendigitalan Perpustakaan UiTM



Bagi memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendigitalan  Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan UiTM. Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu, Fasa 1 untuk kumpulan Pelaksana dan Fasa 2 untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk Fasa 1, seramai 106 orang Pelaksana PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus ini.  Fasa 1 kursus ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu:
Sesi 1 : 21 Mac 2022 Isnin                 Sesi 2 : 11 Mei 2022 Rabu              
Sesi 3 : 12 Mei 2022 Khamis              Sesi 4 : 19 Mei 2022 Khamis  
                


 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital serta meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.
 


Kursus ini mengandungi 2 Modul Pembelajaran Perpustakaan Digital iaitu:
Modul 1: Perkhidmatan Digital
• My Knowledge Management (MyKM) • Mobile App@PTAR • Massive Online Open Course (MOOCs) • Online Public Access Catalog (OPAC) • Chat with Librarian • Virtual & Augmented Reality (AR & VR) • Updates@PTAR • Online Finding Archive (OFA) • Cashless@PTAR • Portal ERA Modul 2: Koleksi Digital • Online Database • Institutional Repository (IR) • Portal eBook • Discovery Search • Electronic Question Paper System (EQPS) • Local Content Hub • Open Access Discovery • Khazanah Melayu Repository • UiTM eGallery Repository • Open Access Research Repository • Article Indexing







Tuesday, May 17, 2022

Lawatan Antarabangsa dari Syarikat Digital Library Korea





17hb Mei 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak  (PTAR) UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan dari wakil Futurenuri, INC. dari Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea   

Pihak JPD telah diminta untuk menjadi tuan rumah dan menyambut rombongan Futurenuri  yang mana terdiri daripada Mr Jeong-Ho Chao (President), Mr JongHwan Seo (Education Business Director) dan Mr Kwang-oh (David) Kwon (Oversea Business Team).

Futurenuri, INC. http://www.futurenuri.com/ merupakan sebuah syarikat yang beribupejabat di Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea. Syarikat tersebut  ditubuhkan untuk membangun dan mengedarkan penyelesaian yang lebih khusus serta menyediakan perkhidmatan berkaitan Digital Library, Smart Learning, Content Management, Web & Portal Services, Web Search and Portal Specialized company, Electronic Library Solution, overseas library solution,Smart learning solution, Question Bank Solution, Medical School Calendar system, etc.

Read more Futurenuri. Inc., the world's best group of experts in the field of digital libraries. < 시티산업 < 문화산업 < 기사본문 - 서울시티 (seoulcity.co.kr)  













Tuesday, May 3, 2022

Hari Raya Keluarga Jabatan Perpustakaan Digital Perpustakaan UiTM

 



Alhamdulillah,sempena hari raya yang mulia pada tahun 2022, dapat staf JPD bergambar semula sebagai tanda kenangan untuk disimpan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, April 26, 2022

Digital Library Chit Chat Series 3: Keselamatan Dunia Digital


Program pada kali ini diadakan adalah dengan tujuan memberikan maklumat berkaitan Keselamatan di Dunia Digital kepada warga Perpustakaan UiTM dan warga UiTM. Ianya juga platform untuk memberikan informasi terkini  mengenai perkembangan Teknologi semasa, serta kaitannya dengan  kemudahan-kemudahan digital yang ada di Perpustakaan UiTM. 

Objektif Digital Chit Chat Series pada kali ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang Perkembangan Digital Technology semasa, meningkatkan tahap kompetensi staf Perpustakaan UiTM tentang penggunaan teknologi & Digital yang ada di Perpustakaan UiTM dan memberikan kefahaman & ilmu tentang Keselamatan Dunia Digital.


Program telah diadakan pada 27 April 2022, Rabu pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Platform yang digunakan adalah Youtube dan Facebook Perpustakaan UiTM dan link seperti dibawah: 
Facebook: https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1339888809755447
Penceramah :-En Kamaruddin Bin Mahad , Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian              Keselamatan ICT, Infostruktur UiTM
Moderator : -Tn. Hj. Ahmad  Faizar Jaafar, Pegawai Jabatan Perpustakaan Digital
 
Rujukan       
Keselamatan digital penting ke arah negara digital Oktober 13, 2019 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617147/keselamatan-digital-penting-ke-arah-negara-digital
Keselamatan di Dunia Digital
https://www.denetim.com/ms/hizmetler/stratejik-risk-yonetimi/dijital-dunyada-guvenlik/
Keselamatan Siber Dan Tindak Balas Serta Pemulihan Bencana https://www.malaysia.gov.my/portal/subcategory/257?language=my
Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA)
https://www.nacsa.gov.my/doc/RAKKSSA-VERSI-1-APRIL-2016-BM.pdf
Panduan Keibubapaan Siber
https://www.nacsa.gov.my/doc/keibubapaansiber.pdf
 
Sekitar Digital Library Chit Chat Series : Keselamatan Dunia Digital 
https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/107-announcement/703-keselamatan-dunia-digital
  
#Digital  #digitalMalaysia #DigitalSecurity #DigitalLibrary
 
 
 
 
 



Open Science Awareness

 


Melihat kepada salah satu kepentingan dan halatuju peranan Pustakawan dalam aspek sains terbuka (open science) maka Perpustakaan UiTM mengambil inisiatif mengadakan sesi talk awareness berkaitan topik ini telah disampaikan oleh 3 orang Pustakawan dari USM Malaysia kepada semua kumpulan pegawai Perpustakaan UiTM.

Topik yang disampaikan adalah berkaitan peranan dan penglibatan pustakawan, lanskap sains terbuka di Malaysia dan definisi sains terbuka

Monday, April 25, 2022

World Quran Hour dan Tadabbur Surah Al-Sajdah oleh Staf Perpustakaan UiTM dan Warga UiTM


WORLD QURAN HOUR DAN TADABBUR SURAH AL-SAJDAH OLEH STAF PERPUSTAKAAN UiTM SHAH ALAM

PROGRAM World #QuranHour yang bermula sejak tahun 2016 di usahakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) ternyata mendapat sambutan menggalakkan masyarakat pelbagai agama dan kaum di seluruh negara sehingga ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu  pada tarikh 20 Ramadan setiap tahun. Gerakan berinteraksi dengan al-Quran menerusi konsep Baca, Faham dan Amal itu mempunyai visi MengQURANkan Bangsa dan MengIKHLASkan Ummah dalam usaha mengubah pemikiran masyarakat agar menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. 

Pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H, World #QuranHour tahun ini adalah berinteraksi dengan  Surah Al-Sajdah,dengan mensasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud.  Oleh itu, bagi menyokong usaha murni ini Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah bersama menjayakan program ini.


Tarikh : 26 April 2022 (Selasa) / 24 Ramadan 1443H 
Masa : 12:00 tengah hari hingga 1 :00 petang 
Lokasi : Ruang Kecemerlangan PTAR

Dr Azri Bhari Pensyarah Kanan ACIS UiTM


Panel Jemputan: Dr. Azri Bhari, Pensyarah Kanan ACIS UiTM

Pautan Siaran: https://www.youtube.com/watch?v=A7uxGRV44lY

Pautan ke Facebook : https://www.facebook.com/WorldQuranHour/


Saturday, April 23, 2022

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh 23 April setiap tahun, Perpustakaan Negara Malaysia menerajui program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di peringkat Kebangsaan. Untuk itu, Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” telah berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta membaca buku dan cinta akan ilmu. 

Walaupun dunia telah berkembang pesat dengan kewujudan teknologi yang canggih, namun aktiviti membaca mesti diteruskan oleh setiap individu. Hanya melalui membaca maka pengetahuan (knowledge) akan dapat diperolehi dan boleh digunakan untuk sebarang penciptaan nilai. Pada tarikh 23 April 2022, dalam tempoh antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit. Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar atau video masing-masing dalam media sosial dengan slogan #MalaysiaMembaca.Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang mula diadakan pada tahun 2014 bermatlamat agar masyarakat Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup. 

Maka itu, seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran rakyat supaya cinta membaca buku dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya membaca dan berilmu.




Layari pautan : Jom Baca Bersama 10 minit Perpustakaan UiTM

Thursday, April 21, 2022

KONFERENSI ICT 2022

 Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan program Konferensi ICT 2022 pada 17 - 18 Ogos 2022 secara maya dengan tema Embracing Digital Learning Transformation.



Untuk maklumat lanjut, sila lawati website rasmi https://konferensiict.uitm.edu.my  

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di telegram: https://t.me/UiTMkonferensiICT2022


Monday, April 11, 2022

Open Access Dashboard : COKI (Curtin Open Knowledge Iniative)

Open Access by country. Showing output counts, number and percentage of accessible outputs published between 2000 and 2021. You can sort and filter by region, subregion, number of publications, and open access levels. You may also search for a specific country in the search bar at the top right.


The Curtin Open Knowledge Initiative (COKI) - URL COKI is a strategic initiative of the Research Office at Curtin, the Faculty of Humanities, School of Media, Creative Arts and Social Inquiry and the Curtin Institute for Computation, with additional support from the Andrew W. Mellon Foundation and Arcadia, a charitable fund of Lisbet Rausing and Peter Baldwin

Thursday, April 7, 2022

Chat with Librarian Under Maintainance

 


We would like to inform you that our Chat with Librarian is temporarily closed starting today 7/4/2022 - 10/4/2022 (Thursday -Sunday) for maintenance. However, advisory and referral services are still available faces to face at the reference desk. We apologize for the inconvenience.

Stay Connected online :
Need Help? WhatsApp: https://wa.me/message/MMKDSJ5O3JBHA1