Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) telah mengadakan pelancaran Dokumen Dasar & Sistem Aplikasi UiTM pada 8 Ogos 2022 bertempat di Hotel UiTM Shah Alam
JABATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL (JPD) PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR)
Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.
The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.
MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.
UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.
With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.
22 UiTM Digital Services
Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) telah mengadakan pelancaran Dokumen Dasar & Sistem Aplikasi UiTM pada 8 Ogos 2022 bertempat di Hotel UiTM Shah Alam
|
---|
Objektif penganjuran latihan adalah untuk:
1. Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pustakawan Profesional (Professional Librarian).
2. Mempersiapkan diri pegawai dengan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan (ASK) ke arah membentuk kompetensi global.
3. Membangun kelompok bakat kepemimpinan yang berkarisma dan berpengetahuan untuk menerajui organisasi pada masa hadapan.
4. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai Profesional supaya sentiasa relevan, dihormati dan menjadi sumber rujukan (3R: Relevance; Respected; Referred).
5. Melahirkan pegawai yang berkeupayaan untuk berfikiran aras tinggi (High-Order Thinking Skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan inovatif.
Bagi sesi ini, Tuan Hj Ahmad Faizar dari Jabatan Perpustakaan Digital telah membentangkan Taklimat bertajuk Pembangunan dan Kelestarian Perpustakaan Digital UiTM kepada 20 peserta yang terdiri dari Pustakawan Gred S41.
Telah diadakan Program Kecemerlangan Bakat di Dewan Annex UiTM oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program ini bertujuan memberikan kefahaman tentang halatuju dalam membangunkan Perpustakaan Digital kepada barisan Pustakawan Kanan Perpustakaan UiTM seramai 70 orang di UiTM. Perkongsian ini lebih tertumpu kepada dua insiatif utama Perpustakaan iaitu MobileApp@UiTM Library dan My Knowledge Management (MyKM).
Selain daripada itu dikongsikan juga Roadmap Pendigitalan Perpustakaan UiTM. Terdapat beberapa inisiatif yang dirancang bagi memenuhi GRU2025 UiTM
Pada 27 Julai 2022, satu perkongsian tentang amalan terbaik pembangunan perpustakaan digital UiTM telah dikongsikan dalam Bengkel Perpustakaan Digital Politeknik Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam. PSA telah menjemput tiga puluh tiga (33) orang pustakawan dari seluruh Politeknik Malaysia.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi kefahaman kepada semua Pustakawan di Politeknik dalam memperkasakan perkhidmatan digital di semua Perpustakaan Politeknik. Pembentangan amalan terbaik telah dikongsikan oleh Ts Hj. Azizi Bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan Perpustakaan UiTM.
|
---|
Bagi
memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus
Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan
UiTM Kampus Puncak Alam. Para peserta terdiri daripada para Pustakawan dan Pembantu Pustakawan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini pengurusan hal ehwal Perpustakaan Digital.
Gambar disekitar bengkel:
Program Collaborative Teaching ini bermula apabila pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah mempelawa pihak PTAR untuk turut sama menyumbang kepakaran dalam sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching).
Pengajaran kolaboratif adalah salah satu daripada inisiatif pihak UiTM dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya mahasiswa akan berpeluang untuk mendapat pendedahan dari luar terutamanya industri. Disamping itu, inisiatif ini dapat mengeratkan jalinan fakulti dengan industri dan alumni.
Sesi awal perbincangan Collaborative Teaching pada 12 Februari 2022
Foto sekitar Collaborative Teaching : Issues and Trends of Information Technology in Libraries and Information Centers
Jabatan Perpustakaan Digital PTAR telah dijemput Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau bagi memberikan maklumat berkaitan pengurusan Perpustakaan Digital di UiTM. Program ini merupakan anjuran Pelajar IM2444B semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau.
Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengetahui pengurusan Digital Library dengan lebih mendalam bersama-sama panel jemputan iaitu Dr. Nazrinda binti A. Samah, Pustakawan Kanan UTM, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Pustakawan Kanan UiTM Shah Alam dan Cik Nur Ardini selaku moderator.
Tarikh | 4 Julai 2022, Isnin | ||||
---|---|---|---|---|---|
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari | ||||
Platform | Webex |
Pada 1 July 2022, Jabatan Perpustakaan Digital telah dipilih untuk mewakili PTAR untuk menerima Lawatan Penandaarasan MOOCs oleh Perpustakaan UPM. Platform Zoom telah dipilih untuk lawatan ini. Program bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 11.00 pagi.