Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Monday, August 29, 2022

Majlis Perpisahan Staf JPDg Yang Bertukar Jabatan

Pada 26/8/2022 bersamaan dengan hari Jumaat, telah diadakan satu majlis perpisahan staf JPDg yang akan bertukar ke jabatan lain. Staf yang terlibat dengan bertukaran ialah Ketua Jabatan Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan dan En. Mohd. Izwan Salim. Majlis diadakan di Campus Bean, UiTM bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.Majlis telah dimulai dengan bacaaan doa oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd. Izwan Salim yang...

Friday, August 26, 2022

Selamat Ulangtahun ke-23 Pengisytiharan UiTM sebagai Universiti

Pada 26 Ogos 1999, lnstitut Teknologi MARA (ITM) telah menempa sejarah apabila diisytiharkan sebagai Universiti oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dengan pengisytiharan ini, ITM dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau singkatannya UiTM. Hari ini genaplah 23 tahun UiTM menjadi sebuah universiti yang banyak melakar sejarah negara. Semoga nama UiTM terus megah di persada dunia. 26 Ogos 1999 – 26 Ogos 2023 ...

Audit Data Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022

Satu audit telah diadakan untuk Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022. Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Ts. Azizi Jantan, En. Mohd. Izwan Salim, Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli dan Pn. Siti Rohayu Mohamad Yusof. Audit telah dibuat di Bilik Mesyuarat Jabatan Komunikasi Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Tarikh audit adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis),...

Thursday, August 25, 2022

Taklimat Sistem Aduan Korporat

Telah diadakan satu taklimat mengenai Sistem Aduan Korporat PTAR pada 24 Ogos 2022, jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh Pn. Wan Izzatul Fahrah dan Mohd. Faizal dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Komunikasi Korpor...

Taklimat Sistem Repositori PTAR

 Satu taklimat mengenai Sistem Repositori PTAR telah diadakan pada 24 Ogos 2022 pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh En. Mohd. Izwan Salim dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Sistem Reposito...

Thursday, August 18, 2022

Kursus Pemantapan Special Collection Integrated System (SCIS) PUiTM

 Objektif utama kursus ini ialah untuk:a) Memperkasa fungsi dan tugas Pustakawan dalam pengurusan koleksi khas perpustakaanb) Meningkatkan tahap penggunaan Special Collection Integrated System (SCIS)Tarikh: 18 Ogos 2022 (Khamis)Masa: 9.00 pagi - 5.00 petangTempat: Pusat IT, PTAR Shah AlamPenganjur: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan PTARPeserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) seramai 26 orangPenceramah: Encik Mohd Izwan Salim     ...

Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori

  Pihak PTAR telah menyediakan pelbagai inisiatif servis digital bagi membantu staf dan pelajar serta pengguna luar. Salah satu inisiatif tersebut ialah Digital Repositori. Bagi memastikan staf PUiTM yang bertanggungjawab dengan kandungan Digital Repositori seragam dan mendapat informasi terkini, bengkel ini telah diadakan.Objektif utama bengkel ini ialah untuk:Memperkasakan peranan setiap Pendeposit/ Depositor bahan Harta Intelek UiTMMembentangkan...

Saturday, August 13, 2022

Bengkel Migrasi Data Sistem NILAMs UiTM

Bengkel ini telah diadakan pada 13-14 Ogos 2022 bertempat Hotel Mudzaffar, Melaka. Para peserta terdiri daripada staf Pejabat Penasihat Undang-undang, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Infostruktur, ICAN dan UiTM Global.Berikut merupakan tentatif program :1. Taklimat Bengkel – YBrs. Prof. Dr. Haidar Dziyauddin, Penasihat Undang-Undang Universiti.2. Taklimat Migrasi data MoU/MoA pra-NILAMs – En. Mohd Hairy bin Mohammadiah Timbalan Pegawai Teknologi...

Friday, August 12, 2022

Sorotan Coffee Talk with Rozie | Episode 8 - Promosi MobileApp@UiTM Library oleh YBhg. Naib Canselor UiTM

CTWR Ep.8 bersiaran secara langsung di saluran YouTube UiTM bersama Prof Madya Dr Mahenderan Appukutty, Ts Dr Ahmad Razi Ramli sebagai tamu-tamu panelis yang membincangkan topik “Global Goals: UiTM at the Forefront in Ending Hunger and Improving Nutrition”. Prof Madya Dr Mahenderan Appukutty merupakan Koordinator Klinik Kecederaan Sukan dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM. Beliau juga adalah Pakar Pemakanan dan Timbalan Presiden...

Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022, Siri 1

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti. Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara serta dimantapkan dengan sistematik. Bengkel ini dibahagikan kepada beberapa siri...