Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, December 19, 2025

Jamuan Majlis Perpisahan Bagi Staf Yang Bertukar serta Meraikan Warga Baharu BPDI 2025


Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Baharu BPDI 2025

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengadakan Jamuan Majlis Perpisahan dan Meraikan Warga Baharu bersempena Pergerakan Pegawai & Staf BPDI Tahun 2025. Majlis ini berlangsung dalam suasana meriah bertempat di Kelab Shah Alam Selangor(KSAS Clubhouse), Seksyen 13, Shah Alam.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sarapan pagi bersama, di mana warga BPDI beramah mesra, berbual santai dan menikmati hidangan yang disediakan.


Ucapan  Selamat Maju Jaya & Terima Kasih

Majlis ini juga menjadi platform untuk BPDI merakamkan penghargaan kepada pegawai dan staf yang bertukar keluar atas sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BPDI:

  • Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin
    Pembantu Pustakawan Kanan
    Kini bertugas di Unit Perhubungan Pelanggan & Perkhidmatan Koleksi, Perpustakaan Undang-Undang

  • Encik Asraf Zamani bin Hazim
    Pustakawan
    Kini bertugas di Seksyen Perangkaan & Pengurusan Data, Unit Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)


    

Semoga pengalaman dan kenangan sepanjang berada di BPDI menjadi satu kenangan manis serta bekalan berharga dalam meneruskan kerjaya di tempat baharu.


Selamat Datang & Tahniah kepada Lantikan Baharu BPDI

BPDI turut mengalu-alukan kehadiran tiga lantikan baharu yang kini menyertai kami:

  • Encik Mohamad Amarfarhan Bin Aminuddin, Pustakawan

  • Cik Nurul Atika Binti Harud Din, Pustakawan

  • Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad, Pembantu Pustakawan


Selain itu, Encik Muhammad Farid Zulhilmi Bin Zulkafli, Pembantu Pustakawan, turut menyertai BPDI sebagai warganya.



Penyampaian Cenderahati Istimewa

Di kesempatan ini juga, warga BPDI menyampaikan cenderahati kepada Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad sempena bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Januari akan datang, sebagai tanda ingatan dan doa daripada kami semua.

 

Jamuan ini bukan sekadar majlis makan bersama, tetapi menjadi ruang untuk menghargai jasa, meraikan perubahan dan mengeratkan hubungan sesama warga BPDI

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan BPDI terus melangkah maju sebagai satu bahagian yang positif dan dinamik dalam struktur organisasi PTAR dan UiTM.



Sumber Gambar : Ehsan Warga Kerja BPDI

Wednesday, December 10, 2025

Perkongsian Artikel : Bengkel Pembangunan Repositori Digital Perkukuh Keupayaan Pustakawan UiTM

Bengkel Pembangunan Repositori Digital Perkukuh Keupayaan Pustakawan UiTM


SHAH ALAM, 9 Disember 2025 – Bengkel Pembangunan Repositori Digital telah berlangsung dengan jayanya di Pusat IT, Perpustakaan Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Seramai 15 peserta yang terdiri daripada kakitangan teknikal dan perkhidmatan perpustakaan menyertai program latihan ini bagi meningkatkan kepakaran dalam pengurusan sistem repositori moden.

Bengkel ini bertujuan memberikan asas kukuh tentang konsep repositori digital, peranannya dalam ekosistem maklumat masa kini, serta keperluan penyelenggaraannya dalam institusi perpustakaan. Melalui sesi pengenalan, peserta didedahkan kepada fungsi dan kepentingan repositori sebagai nadi penyimpanan, pemeliharaan, dan akses sumber ilmiah jangka panjang.

Selain itu, latihan teknikal turut menjadi fokus utama. Peserta menjalani modul pembangunan kemahiran yang merangkumi penggunaan perisian repositori, proses pemindahan data, pengurusan metadata, serta praktikal pemasangan aplikasi EPrints. Melalui bimbingan terstruktur, kesemua peserta berjaya menyiapkan pemasangan sistem tersebut. Mereka turut diperkenalkan kepada penggunaan teknologi virtualisasi untuk pengurusan pelayan, selaras dengan keperluan infrastruktur digital masa kini.

Bengkel sehari ini dikendalikan oleh Mohd Izwan Salim, Pustakawan merangkap Ketua Unit Pembelajaran Digital, Bahagian Perpustakaan Digital, UiTM. Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam pembangunan repositori, kepakaran beliau memberikan nilai tambah penting kepada peserta yang sedang memperkukuh kemahiran profesional dalam bidang ini.

Penganjuran bengkel ini dijangka terus memperkasa barisan Digital Librarian UiTM, seterusnya menyumbang kepada agenda pengurusan bakat Jabatan Perpustakaan. Usaha berterusan sebegini memastikan perpustakaan kekal relevan dan berdaya saing dalam menghadapi tuntutan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang, sambil memelihara tradisi penyampaian ilmu yang menjadi tonggak institusi selama ini.


Sumber: 

¹ Universiti Teknologi MARA. (2025, 9 Disember). Bengkel Pembangunan Repositori Digital Perkukuh Keupayaan Pustakawan UiTM. Laman Web Rasmi Jabatan Perpustakaan UiTM. https://library.uitm.edu.my/news/bengkel-pembangunan-repositori-digital-2025



Sunday, December 7, 2025

Pergerakan Staf Bahagian Perpustakaan Digital 2025

Laporan Pergerakan Pegawai & Staf BPDI 2025 

Sepanjang tahun 2025, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) telah mengalami beberapa pertukaran staf dan pegawai. Beberapa pegawai telah bertukar keluar ke bahagian lain, manakala staf baharu telah bertukar masuk, memperkukuh pasukan dan meningkatkan kepelbagaian kemahiran.

Pegawai / Staf Pelaksana Yang Bertukar Keluar Dari BPDI

  • Encik Arshad bin Bujang (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) – Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)

  • Puan Rizana Binti Radwan [Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)] – Unit Pengurusan Arkib, Bahagian Arkib Universiti (BARU)

  • Puan Norhamimi Binti Othman (Timbalan Ketua Pustakawan) – Ketua Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ)

  • Puan Zuraidah Binti Md Hassan (Pembantu Pustakawan Kanan) – Unit Kewangan & Infrastruktur, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)

  • Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) – Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti

  • Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin (Pembantu Pustakawan Kanan) - Unit Perhubungan Pelanggan & Perkhidmatan Koleksi, Perpustakaan Undang - Undang 

  • Encik Asraf Zamani bin Hazim (Pustakawan) – Seksyen Perangkaan & Pengurusan Data, Unit Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan (BPNP)

Pegawai / Staf  Pelaksana Yang Bertukar Masuk ke BPDI

  • Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) – Pengarah Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

  • Encik Muhammad Farid Zulhilmi Bin Zulkafli (Pembantu Pustakawan)

  • Encik Fariz Azuan Bin Harun (Pembantu Pustakawan Tertinggi)

  • Puan Nor Hafizah Binti Md Hanafiah (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP))

  • Encik Adib Haikal Bin Ahmad Fuad (Pembantu Pustakawan)

  • Encik Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin (Pustakawan)

  • Cik Nurul Atika binti Harud Din (Pustakawan)

Bahagian Perpustakaan Digital merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua staf yang bertukar keluar atas komitmen dan sumbangan mereka. Pada masa yang sama, kami mengalu-alukan kehadiran staf baharu dan berharap kerjasama yang erat dapat diteruskan demi kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan digital.

Disertakan Gambar Poster Pertukaran Pegawai / Pelaksana yang Bertukar

Bertukar Masuk: 








Bertukar Keluar



























Tuesday, November 4, 2025

Tahniah Puan Wan Izzatul Fahrah – Pingat Emas Anugerah Pentadbir UiTM 2024

 



TAHNIAH! Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak!

Seluruh warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) berbangga atas kejayaan beliau merangkul Pingat Emas bagi Anugerah Pentadbir Gemilang (Inovasi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat & Komunikasi) sempena Anugerah Pentadbir UiTM 2024.

Warga BPDI mendoakan agar Puan Wan Izzatul Fahrah terus cemerlang, memberi inspirasi, dan menjadi contoh teladan dalam pembangunan inovasi digital di UiTM. 

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada semua untuk terus mempertingkatkan pencapaian di bidang masing-masing.


Sumber : Official Facebook Page @ Perpustakaan UiTM


Friday, October 24, 2025

Ucapan Terima Kasih & Selamat Maju Jaya Buat Cik Nur Aliah Izyany binti Jufri

Dengan penuh penghargaan, pihak Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat maju jaya kepada Cik Nur Aliah Izyany binti Jufri atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan di Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM dari 17 September 2025 hingga 22 Oktober 2025.

Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM menjadi bekalan berharga dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan akan datang.

Ikhlas daripada:

Ketua Pustakawan UiTM

dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM

#uitm 

#uitmshahalam 

#uitmdihatiku 

#perpustakaanuitm 

#pembudayaanilmumembentukadiwangsa


Sumber @ Official Facebook Page : Perpustakaan UiTM

Friday, October 17, 2025

Transformasi Perpustakaan UiTM dalam Era AI — Perkongsian Ts. Haji Azizi di Xplorasi AI, BERNAMA Radio


Kuala Lumpur, 17 Oktober 2025 — Dunia perpustakaan kini melangkah ke fasa baharu,Daripada sekadar pusat simpanan ilmu, perpustakaan moden sedang berkembang menjadi nadi transformasi digital yang menghubungkan manusia, maklumat dan teknologi.

Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, telah diundang sebagai tetamu dalam program Xplorasi AI terbitan BERNAMA Radio, bagi berkongsi pandangan mengenai evolusi dan masa depan perpustakaan dalam era kecerdasan buatan (AI).

Tiga Tonggak Transformasi Digital Perpustakaan

Dalam sesi tersebut, Ts. Haji Azizi menegaskan bahawa transformasi perpustakaan masa kini berpusat pada tiga komponen utama:

1. Digital Collection – Pemfokusan terhadap pendigitalan bahan ilmiah, tesis, dan sumber rujukan bagi memastikan akses ilmu yang lebih luas dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

2. Digital Services – Menyediakan perkhidmatan maklumat yang boleh dicapai bila-bila masa, di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja melalui platform digital dan aplikasi mudah alih.

3. Digital Process – Mengautomasikan dan mendigitalkan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh pengalaman pengguna.


Inovasi AI di UiTM: AILA & PERMATA

Beliau turut memperkenalkan dua inisiatif utama UiTM yang menjadi tulang belakang kepada ekosistem perpustakaan pintar:

🤖 AILA (Artificial Intelligence Library Assistant) – Pembantu maya berasaskan AI yang membantu pustakawan dalam tugasan harian, mengingatkan pengguna tentang pemulangan bahan, serta memberi khidmat yang lebih diperibadikan.


💎 PERMATA (Perpustakaan Revolusi Maklumat Berteknologi AI) – Sistem perpustakaan bersepadu berasaskan AI yang dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran pintar dan saling terhubung.


Ts. Haji Azizi menegaskan,

“Teknologi tidak menggantikan pustakawan; ia melengkapi dan mempercepatkan kerja kita.”

Kenyataan ini mencerminkan keyakinan bahawa manusia dan teknologi mampu bergerak seiring dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang progresif dan inklusif.

Ke Arah Perpustakaan Pintar dan Berdaya Saing

Inisiatif yang dikongsikan ini seiring dengan visi UiTM untuk menjadi “Vibrant Centre of Learning”, serta usaha berterusan universiti dalam memperkukuh budaya ilmu, inovasi dan kecemerlangan digital dalam pendidikan tinggi.

Transformasi digital ini bukan sekadar penyesuaian terhadap perubahan zaman, tetapi satu langkah strategik untuk memastikan perpustakaan terus relevan, responsif dan berimpak tinggi dalam masyarakat berasaskan pengetahuan.

🎧 Tonton sesi penuh perbincangan di laman rasmi BERNAMA Radio:
👉 facebook.com/bernamaradio

📎 Kredit: BERNAMA Radio












Sumber Asal : Library News @Perpustakaan UiTM 



Information and Digital Literacy Workshop for Klang District Teachers at SK Rantau Panjang

Selangor, 16 October 2025 — The Information and Digital Literacy Workshop for teachers in the Klang district was successfully held at Dewan Ibnu Sina, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. The program was officiated by YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Chief Librarian of Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Workshop Objectives

The workshop aimed to strengthen the digital competencies and information literacy skills of participating teachers, aligning with the aspirations of 21st-century education. Carefully designed sessions equipped educators with relevant techniques and tools essential for modern teaching and learning.

Key Workshop Sessions

The workshop featured several impactful sessions including:

*Speed Reading: Enhancing potential and improving concentration.

*Information Literacy: Effective methods for searching, evaluating, and utilizing information.

*Artificial Intelligence (AI) Applications: Empowering innovative teaching and learning through AI technologies.


Expected Outcomes

Through this initiative, participants were expected to:

✅ Enhance mastery of information and digital literacy skills.

✅ Creatively apply AI technology in teaching and learning processes.

✅ Act as change agents fostering a culture of information- and technology-based learning in their schools.


PTAR UiTM’s Commitment

This program reflects the strong commitment of Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM to expand the role of librarians as catalysts for knowledge and technological excellence within the education community.



















Credit: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM

Click Here for Original Artikel 

Thursday, September 25, 2025

Majlis Jamuan Makan & Majlis Perpisahan Dr. Hajah Adlina Abdullah


23 September 2025

Selepas berakhirnya Mesyuarat Jabatan, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpindahan Dr. Hajah Adlina Abdullah ke Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), PTAR UiTM, dengan pelantikan baharu sebagai Pengarah Bahagian berikutan kenaikan pangkat beliau ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos yang lalu.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dipandu oleh Encik Asraf Zamani bin Hazim, Pegawai dari Unit Pengurusan Portal dan Laman Web Perpustakaan, selaku pengacara majlis mewakili warga BPDI.

Beliau menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen dan kepimpinan cemerlang Dr. Hajah Adlina sepanjang tempoh berkhidmat di BPDI. Para warga BPDI yang hadir juga berpeluang menzahirkan ucapan penghargaan masing-masing, sambil meraikan perjalanan baharu beliau yang kini menggalas tanggungjawab lebih besar.

Majlis diserikan dengan jamuan makan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra. Para warga BPDI berpeluang berkongsi detik-detik terakhir bersama beliau di BPDI sambil mengimbau kenangan dan pengalaman yang telah dilalui bersama.

Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, Pengarah BPDI, kepada Dr. Hajah Adlina sebagai simbolik ucapan terima kasih atas segala jasa dan dedikasi beliau. Kenangan ini turut diabadikan melalui sesi bergambar kenang-kenangan, yang pasti akan menjadi memori berharga buat semua warga BPDI.

Tahniah & Selamat Maju Jaya, Dr. Hajah Adlina Abdullah

Disertakan Gambar Sekitar Majlis Berlangsung :














Sumber Foto : Warga BPDI